Lapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu.
Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN
Bahan-bahan:
250gm beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan 10 biji pisang – lumatkan 1 biji kelapa parut – putihnya sahaja 1 cawan gula perang (boleh kurangkan) Secubit garam halus Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
Ads
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note: *Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain. *Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga. *Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja. Kredit: Sue M Arukin
Sedapnya dapat makan kuey teow theng panas-panas ni. Tambah pula, bila lengkap dengan lauk sampingan yang banyak.
Resipi kuey teow theng yang dikongsikan Azlia Shakiela ini, sesuai untuk hidangan 4 hingga 6 orang makan. Resipinya pun simple je.
KUEY TEOW THENG
BAHAN SUP:
1 biji sengkuang (saiz paling kecil, ini untuk maniskan sup) 1 inci halia | diketuk – beli online di sini 2 batang serai | diketuk – beli online di sini 2 sudu besar lada putih Ayam (ikut anda nak banyak mana, lepas rebus, nanti carik-carikkan) 2 kiub pati ayam – beli online di sini 3-5 ketul besar gula batu (untuk jernihkan & maniskan sup) Gula secukup rasa Garam secukup rasa
Semua bahan di atas rebus sekali bersama kuantiti air yang anda inginkan.
TIP:
*Untuk sup, rasa manis lebih dominan berbanding masin. Jadi, anda boleh adjust sendiri ya. *Tak perlu tambah ajinamoto sebab nanti boleh hilangkan manis sup tu. *Tak perlu letak sup bunjut atau daun sup sebab kuey teow theng lebih kepada sup chinese style. Takut nanti ada rasa rempah-rempah. Bahan-bahan kuey teow theng bertujuan panaskan badan, buang angin. *Kalau gula batu kecil, boleh letak sepeket sebab manisnya kurang sikit berbanding gula putih.
Kisar cili kering. Kemudian, masak cili kering atas api sampai masak. Masukkan 1 kiub ikan bilis. Letak gula dan garam ikut rasa.
TIP: Rasa manis lebih dominan.
CARA PES CILI HITAM:
Kisar 30-40 cili padi dan 2 ulas bawang putih. Masak bahan kisar atas api. Letak gula ikut rasa. Garam saya tak letak dah sebab saya nak rasa pedas manis tu lebih dominan.
TIP: Kalau rasa malas nak buat cili hitam, boleh ja potong cili hitam halus-halus tuang kicap. Cili merah kena ada.
CARA BUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGUP:
1. Tumbuk bawang putih sejumlah yang anda nak makan. Tak perlu terlalu halus. Kalau ada chopper, lagi cantik kisarannya. 2. Goreng bawang putih dalam minyak yang banyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 3. Ambil sedikit bawang putih goreng bersama sedikit minyak untuk ditabur atas sup. Nanti sup anda akan harum semerbak.
TIP: Harus sentiasa kacau ya supaya bawang goreng tak hangit. Kalau hangit, rasa pahit dan tak sedap.
BAHAN SAMPINGAN:
Tauge Fish ball Fish cake Isi ketam
CARA HIDANG:
1. Semua bahan sampingan ni saya celur ja dalam air yang telah mendidih atas api. Anda boleh juga goreng ikut citarasa masing-masing. 2. Letak daun bawang dan tomato sebagai hiasan. Selamat menjamu selera semua.
Sup urat keting ini pekat kuahnya, Nak tahu apa rahsianya? Kentang penyek adalah rahsia untuk memekatkan kuah sup ini.
Ha..pernah cuba tak? Terlebih dahulu, rebus kentang itu dan lenyekkan sebelum dimasukkan ke dalam sup. Mudah je rupanya. Ikuti perkongsian resipi oleh puan Jue Jariah ini
**Bahan (#) yang dihiris dibahagi dua. Sebahagian goreng dengan 3 sudu besar minyak hingga garing. Ketepikan.
Masukkan urat keting dalam periuk, bubuh air secukupnya. Rebus urat keting hingga empuk. Masukkan tiga keping hirisan halia (untuk hilangkan baru hanyir) dan lembutkan urat keting).
Bila urat keting dah empuk, masukkan bahan-bahan yang dihiris. Masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam rebusan urat keting tadi.
Masukkan kentang rebus yang telah dilenyek dulu. Ini adalah rahsia nak bagi pekat kuahnya. Masukkan pula separuh daripada daun sup sekali dengan batang serta akarnya.
Biarkan mendidih. Masukkan rempah sup dan rempah kurma. Biar dalam 15 minit. Tambah serbuk lada hitam. Biarkan mendidih kira-kira 1/2 jam.
Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk sup. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Tutup api. Taburkan daun sup yang dicincang dan bawang goreng masa menghidang nanti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Kek Pandan Cheese Meleleh ni. Resipi istimewa buat anda yang sangat menggemari hidangan Kek Keju. Resipinya juga cukup mudah. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Pasti puas hati.
1.Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete.
2. Adun sehingga sebati dan gebu. Tapi masih cair.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar. Adun lagi sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.
4. Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula.
5. Adun sampai sebati macam ni.
6. Masukkan adunan hingga paras 1/2 bekas sahaja.
7. Kukus kek selama 20 minit @ sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tidak jatuh atas kek.
8. Pastikan kukus naik gebu macam ni. Nak tahu masak ke tidak, goyangkan bekas. Kalau tidak cair maksudnya kek sudah masak.
9. Terbalik terus kek daripada bekas dalam 10 minit.
10. Potong di tengah-tengah kek dan ketepikan. Buat adunan keju pula. Ia akan menjimatkan masa sementara menunggu kek masak.
11. Masukkan keju, susu pekat dan whipping cream.
12. Adun sehingga sebati.
13. Masukkan adunan keju ke dalam pipping bag. Kalau tak mahu masukkan pun tidak mengapa. Simpan 1/4 dari adunan untuk buat lapisan keju paling atas (cair).
14. Letak keju atas kek yang lapisan bawah.
15. Kemudian letak pula keju di bahagian atas kek. Boleh lebihkan jumlahnya.
16. Lebihan keju tadi diadun semula dengan susu segar untuk membuat lapisan atas sekali.
17. Tuangkan 3-4 sudu campuran keju tadi atas kek. Walaupun cair sikit tapi masih pekat.
18. Bahagian atas akan jadi licin macam ni lepas sudah dituang lapisan keju yang atas.
19. Parut keju cheddar atas kek dengan melimpah ruah (jika suka).
20. Rupa kek yang siap diparut dengan keju.
21.Kek dari pandangan atas, penuh kejunya.
22. Bahagian dalam kek. Gebu yang amat.
23. Ni rupa kek keju yang baru lepas keluar freezer. Selamat mencuba!
Kuih Kaswi Beras Pulut Hitam yang lembut, lemak manis dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama tip untuk menghasilkan kuih tradisional yang sedap dan memikat selera.