Bagi yang suka makan sambal dan wajib ada sambal bila makan nasi, ni resipi Sambal Tomato Jawa perkongsian saudari Makcik Ratu ni kena cuba. Mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Malah rasanya yang pedas sangat membuka selera. Jadi jomlah cuba. Pasti puas hati dengan rasanya.
SAMBAL TOMATO JAWA PEDAS
BAHAN A: 5 biji cili merah 10 biji cili padi hijau 5 ulas bawang merah 1 biji tomato merah ranum (empunya resipi guna 6 biji tomato ceri) 1 ruas jari belacan
BAHAN B: 1 sudu teh gula – jika suka Sedikit garam 1 biji jus limau nipis
Ads
CARA MEMASAK:
1. Potong semua bahan A kemudian tumis dalam kuali hingga agak layu.
2. Angkat dan masukkan ke dalam lesung bersama garam serta gula. Tumbuk menggunakan lesung. Boleh guna dilenyek menggunakan batu ulek Indonesia jika ada.
3. Akhir sekali masukkan jus limau nipis. Sebatikan.
Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat 1 tongkol jagung dihiris 3 cawan santan 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula pasir sedikit garam. kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara memasak: 1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak. 2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus. 3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis. 4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
Esok dah Aidil Adha, ada yang berkira-kira nak masak ada dengan daging korban? Kalau tengah mencari menu yang ringkas, sedap dan cepat dimasak, ini RASA kongsikan empat resipi bercita rasa Malaysia yang gerenti tak perlu tunggu dapur lama punya. Bagaikan terasa manis bila ditumis dan goreng ala-ala.
DAGING GORENG ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
3cm halia muda | hiris nipis
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang besar| hiris
1/2 biji cili benggala merah | hiris
100gm brokoli
1 sudu makan minyak bijan
3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
1 sudu tea bijan | goreng tanpa minyak
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM &KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
DAGING TUMIS ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
1/2 sudu teh biji sawi
4 sudu makan minyak masak
tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 tangkai cili kering | hiris halus
1sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Bahan Tumis:
4 biji bawang besar | buang kulit dan cincang
4cm halia muda | hiris memanjang
6 ulas bawang putih | cincang halus
Bahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.
Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.
Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati.
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...