Selain daripada nasi, hidangan mi berkuah, bihun ataupun laksa antara yang menjadi pilihan sebagai makanan berat.

Senang disediakan dan juga sedap rasanya, Rasa kongsikan aneka resipi mi berkuah yang mudah dan cepat siap untuk dijamu buat keluarga dan juga tetamu.

 

MI BANDUNG UDANG

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus mi kuning
8-10 tangkai cili kering – beli online di sini
3 ulas bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan udang kering
20gm udang
200gm daging
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan stok daging
4-5 tangkai sawi
Sedikit kubis
1 sudu makan sos tiram
2 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Rebus udang kering bersama ½ cawan air. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika. Kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
4. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi.

 

MI KARI ALA NYONYA

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebud dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kota

BAHAN REMPAH PENUMIS:

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR HALUS:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | sehingga lembut
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam

BAHAN UNTUK HIASAN:

4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
5. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek.
6. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

 

BIHUN SUP TULANG

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

1kg tulang dan daging
1 bungkus bihun

BAHAN REMPAH TUMIS:

2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 tangkai cengkih

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
½ batang lobak merah | potong dadu besar
2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
Tomato | potong 4

BAHAN SAMBAL CILI:

4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
3 ulas bawang putih | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
½ biji bawang besar | dikisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK HIASAN:

200gm lobak masin | dicelur
2 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
Bawang goreng

CARA MEMASAK:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
2. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
3. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
4. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

IKLAN

CARA BUAT SAMBAL CILI:

1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

CARA CELUR BIHUN:

1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
3. Kemudian bilas dengan air bersih. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

 

MI REBUS MUAR

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

1kg mi kuning |dicelur
250gm tauge | buang ekor dan celur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur | direbus
1 tangkai daun sup | hiris halus
Cili merah | hiris nipis
Cili hijau | hiris nipis
3 ketul tauhu | goreng dan hiris sederhana nipis

BAHAN KUAH:

1 senduk minyak masak
500gm daging | hiris nipis
500gm keledek merah | anggaran 2 ketul kecil
2 sudu makan taucu
5 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar halus
2 sudu makan serbuk kari daging
6 cawan air
½ cawan serbuk kacang tanah | kacang digoreng tanpa minyak dan kisar halus
2cm lengkuas | dititik
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

 

LAKSA PENANG

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus laksa
2kg ikan kembung | rebus dan ambil isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
15 keping asam keping
2 bunga kantan | belah 4
1 ikat daun kesum
Garam

BAHAN HIASAN:

Telur | rebus dan belah 2
Timun | hiris
Salad | hiris
Bawang besar | hiris
Cili hidup | hiris
Limau kasturi | belah 2
Daun pudina | jika suka
Cili padi (jika suka)
Otak udang (jika suka)

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Kisar isi ikan jangan sampai hancur untuk dapatkan kuah yang terasa isi ikannya.
2. Kisar bahagian kepala ikan dan tulang. Kemudian tapis airnya. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
3. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan isi ikan yang di kisar tadi. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa serta kepekatannya. Bolehlah dihidangkan bersama kuah laksa dan bahan hiasannya.

 

IKLAN

LAKSA KUAH LEMAK

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

2kg laksa basah
8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya
2 cawan santan pekat
2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair
1 labu bawang besar | kisar
8 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa

BAHAN SAMBAL CILI:

Cili padi
Garam
Belacan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN ULAM-ULAMAN:

Tauge
Kacang panjang | hiris halus
Timun | hiris halus
Bunga kantan | hiris halus
Kubis| hiris halus

CARA MEMASAK (KUAH):

1. Kisar isi ikan bersama air hingga halus. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
2. Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus.
3. Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api.

CARA BUAT SAMBAL LADA:

Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus. Sesuaikan rasanya.

 

MI KOLOK DAGING SARAWAK

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN-BAHAN:

3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SUP:

1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

CARA MEMASAK MI:

1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
4. Perasakan dengan cuka, sos ikan/sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.

CARA MEMASAK SAMBAL:

Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

IKLAN

 

LAKSA SARAWAK

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200GM):

8 biji bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
10-12 tangkai cili kering | kisar halus
1 inci lengkuas | kisar halus
1 sudu teh ketumbar | kisar halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 biji buah keras | kisar halus
2-3 batang serai | kisar halus
1 inci belacan bakar | kisar halus
¼ cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus
¼ cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KUAH:

200gm pes
Isi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus
½ kg udang basah
1 bungkus bihun | direndam dan dicelur
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
2 batang serai | diketuk
250ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Tauge | dicelur
Sedikit daun ketumbar | diracik
Limau kasturi secukupnya | dibelah dua

BAHAN SAMBAL UDANG KERING:

6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan bakar | dikisar
Segenggam udang kering | dikisar halus
4-5 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula

CARA MEMASAK PES:

Satukan semua bahan yang telah dikisar halus. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

CARA MEMASAK KUAH LAKSA:

1. Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
2. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu.
3. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.

CARA MEMASAK SAMBAL UDANG KERING:

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

 

BIHUN BELACAN

Koleksi Resipi Mi Berkuah Mudah, Sedap & Boleh Masak Sendiri

BAHAN A:

1 bungkus bihun | rendam kembang dan celur dengan air panas
Tauge secukupnya
Timun | potong halus
Telur padi
Sotong kembang | potong sederhana
Limau kasturi

BAHAN B (KISAR):

1 biji bawang bombay
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
sedikit udang kering

BAHAN C:

Cili giling (abaikan jika tidak mahu pedas)
Minyak sedikit untuk menumis

BAHAN D:

1 liter air
½ inci belacan | tambah sedikit air dan hancurkan
2 sudu teh pitis udang
1 sudu teh pes asam jawa | lebihkan jika mahu rasa masam
Sedikit kicap pekat masin atau kicap pekat | untuk warna
Sedikit garam
Gula dan bahan perasa secukupnya
1 ½ sudu teh tepung jagung | tambah sedikit air untuk memekat kuah

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan (c) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.
2. Masukan bahan (d) kecuali bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih menggunakan api sederhana selama 10 minit. Masukkan sedikit garam.
3. Tapis kuah terlebih dahulu menggunakan penapis kecil supaya dapat kuah yang halus.
3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau rata. Tutup api. Kuah jangan terlalu cair ataupun pekat. Siap dan boleh dihidangkan bersama bahan A, bahan sampingan di atas.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Salad Ayam Lemon Lada Hitam, Lengkap Protein & Sayur

Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!

Cara Masak Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Sedap & Menyelerakan

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI