Resipi ringkas yang kita kongsikan hari ini ialah Ayam Lemon Lada Hitam.
Bahan perapnya sangat mudah dan ayam ini boleh dipadankan dengan nasi ayam, nasi putih ataupun salad.
Tidak terlalu pedas, sesuai untuk kanak-kanak. Tidak juga terlalu tak berasa (bland/ ‘manja’), sesuai untuk dewasa.
Resipi yang dikongsikan Siti Hazneza Abdul Hamid ini, sesuai untuk golongan yang menjaga kesihatan dan mencari menu diet.
Salad yang sesuai jadi satu hidangan lengkap, siap ada sayur dan ada protein.
AYAM LEMON LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi dalam dada ayam | basuh bersih dan toskan air 2 sudu makan mentega/marjerin – beli online di sini
BAHAN PERAPAN:
7 ulas bawang putih – beli online di sini 1 sudu makan lada hitam biji ¼ cawan jus limau nipis/ lemon (saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai makanan Thai)
IKLAN
BAHAN SAMPINGAN:
4 pokok romaine kecil (baby romaine) 1 biji timun | dibelah empat memanjang dan dipotong kasar, akan dapat bentuk segitiga kecil ½ biji cili benggala hijau | hiris serong ½ biji cili benggala merah | hiris serong 1 genggam tomato ceri | dipotong 2
CARA MEMBUAT:
1. Selepas ayam dibasuh dan ditoskan, pindahkan ayam ke dalam bekas yang sesuai.
2. Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa.
3. Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu.
4. Tutup dan biarkan. Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik. 5. Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.
6. Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).
7. Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku (thaw) dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah. 8. Untuk memasak, panaskan minyak dan 2 sudu makan mentega/marjerin.
9. Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas. Masak atas api kecil.
10. Balikkan ayam apabila sebelah telah garing keemasan dan masak sebelah lagi supaya garing keemasan juga.
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh yang dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Nasi goreng lada kering. Mudah dimasak tapi sedap dan gerenti buat akan makan bertambah. Nasi goreng antara masakan yang mudah dan cepat disediakan.
Bahkan, ia jadi alternatif tepat sekiranya dah kebuntuan nak masak lauk apa.Kadangkala, bagi ibu bekerja, balik kerja dah penat. Tengok bekalan barang basah pun dah habis. Nak senang, masak nasi goreng. Sedap dan cepat. Tak perlu masak lauk lain dah.
Kali ini, dikongsikan resipi nasi goreng lada kering. Bolehlah masak untuk makan malam atau untuk sarapan pun boleh. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryeaini ye.
Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendangatau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.