1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. 2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.
* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng. *Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.
Memang terasa nikmatnya bila lalu di tekak. Usah risau puding ini tidak terlalu manis, ‘just nice’ rasanya. Cara membuatnya juga mudah saja, hanya memerlukan beberapa langkah dah siap.
Resipi puding karamel pandan sedap tanpa telur
Bahan karamel
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
Bahan puding
1 tin susu cair
2 cawan air
2 cawan air daun pandan -kisar 5 helai daun pandan bersama air & tapis
1 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh emulco pandan (jika ada)
Pewarna hijau epal
Cara membuat
1. Untuk membuat caramel, cairkan gula di atas api kecil hingga perang.
2. Campur air, kacau hingga sebati dan gula cair semula. Tuang ke dalam acuan sebanyak satu sudu besar. Ketepikan dulu.
3. Seterusnya satukan semua bahan puding dalam kuali. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih.
4. Tuang adunan ke atas karamel hingga penuh. Sejukkan dalam peti ais selama 3-4 jam atau semalaman.
5. Terbalikkan acuan di atas pinggan kemudian keluarkan acuan. Sedia dimakan.