Jom kita kongsi step-by-step cara nak buat kulit cucur badak versi Zuraida Abdullah, yang diwarisi daripada arwah ibunya.
Bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan ringkas. Resipi ini memuatkan kuantiti bahan untuk makan sendiri dan meniaga.
RESIPI KULIT CUCUR BADAK GEBU, LEMBUT & MUDAH
BAHAN-BAHAN (untuk makan sendiri):
1kg ubi keledek oren (ini untuk makan sendiri) | dikukus hingga lembut 200gram tepung gandum (jenama apa pun boleh) – beli online di sini Secubit garam
Ads
BAHAN-BAHAN (untuk meniaga):
10kg ubi keledek oren (ini kalau nak buat berniaga) | dikukus 2kg tepung gandum 1 sudu bukit garam
1. Kisar semua bahan kecuali udang, kelapa parut dan garam. Kemudian, tumis bahan kisar tersebut. 2. Masukkan kelapa, udang, serbuk perasa dan gula. Kacau sebati. 3. Kalau ada air kelapa, boleh gunakan untuk inti. Kalau tak ada, guna air biasa. *Klik di sini (cara letak inti)
Nagasari Pisang, kuih lama dalam keluarga lepat ini sangat sedap. Dihasilkan dari tepung beras, tepung ubi, gula dan santan, sudah cukup membayangkan keenakannya. Kalau anda belum cuba membuatnya, cubalah ye, resipi macam biasa RASA sharekan kat sini. Kot-kot hujung minggu teringin buat kuih sendiri.
NAGASARI PISANG BAHAN-BAHAN: 200gm tepung beras 50gm tepung ubi 125gm gula pasir 800 ml santan 1sudu teh garam 1/2 sudu teh esen vanila 1 helai daun pandan | simpulkan. Daun pisang secukupnya | layur dan lap Pisang secukupnya ikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
Asam pedas kena pekat kuahnya barulah ngam! Kalau kuahnya cair, selalunya dinamakan asam rebus.
Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Hajar Jaafar memberikan tip supaya kuah asam pedas lebih pekat dan sedap.
Menurut Hajar, “Bagi mendapatkan kuah asam pedas jadi pekat, caranya adalah begini. Selepas masukkan air asam jawa, biar kuah asam pedas mendidih dalam tempoh agak lama. Didihkan sehingga warna kuah menjadi merah pekat dan berkilat.”
Jom kita lihat resipi asam pedas ikan kembung resipi ori Melaka yang turut Hajar kongsikan di laman facebooknya.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kering kisar
2 sudu asam jawa + air semangkuk
5 biji bendi
1 batang terung (dipotong)
2 biji tomato (belah 4)
3 ekor ikan kembung
CARA MEMBUAT
1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) tadi.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis semuanya sampai pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
6. Masukkan bendi, terung dan tomato.
7. Masukkan ikan dan perasakan dengan secukup garam dan biar mendidih sekali lagi.
8. Keluarkan semula rempah supaya kuah tak pahit/payau. Siap untuk dimakan.
Menu ni kalau masak pasti ramai yang suka. Buat asam pedas ni kena pandai seimbangkan rasa pedas, masin, masam barulah meletop rasa asam pedas yang dihasilkan.Ada yang teringin, jom kita buat Asam Pedas Daun Kesum. Memang layan.
ASAM PEDAS DAUN KESUM
Bahan-bahan:
Ikan pari
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 ketul kunyit hidup
Sedikit halia
Belacan
Ketumbar
Serai
Sedikit lada hitam
Cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Ajinomoto
Daun kesum
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan halba sekejap, kacau-kacau dah wangi, masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya, nak pekat atau cair adjust sendiri. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.Masak hingga kuah didih baru masukkan ikan.
3.Bila ikan dah hampir masak masukkan daun kesum, kacau-kacau dan tutup api.