Bila tiba musim perayaan, ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu sahabat dan saudara mara yang datang beraya, hidangan Ketupat Daun Pisang perkongsian saudara Hairul Hamid ni antara yang mudah dan sedap boleh dicuba. Lepas ni tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati.
Hati-hati dengan Lepat Liat Inti Kelapa ni, tak semua orang suka Lepat Liat ni sebab teksturnya yang terlalu kenyal. Tapi, biasalah setiap orang ada citarasa tersendiri, ada yang suka Lepat Pisang atau Lepat Ubi. Memang Jarang dengar orang buat Lepat Liat Inti Kelapa ni. Saya kongsikan resipi yang dicipta oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ni. Cara penyediaannya juga tidak renyah dan gerenti menjadi.
LEPAT LIAT INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
500 gm Tepung Pulut
200 gm Gula Merah
100 gm Gula Pasir
2 Cawan Air
2 helai Daun Pandan
1 biji Kelapa Putih
Sedikit Garam
Minyak lumur Daun Pisang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. – tapis
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk)
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Tak mau anak-anak bosan dengan menu bekal yang sama, apa kata mak-mak cuba dua menu ringkas tapi sedap yang menggunakan bahan asasnya roti dan mi kering yang kebiasaannya ada tersedia di dapur. Dengan sedikit kreativti, mak-mak boleh jadikannya bebola yang sedap dan gerenti anak-anak suka. Apa yang penting ia lebih berkhasiat dan dijamin kebersihannya. Kalau nak cuba ini dua menunya, boleh siapkan malam, pagi tinggal goreng dan sedia dibawa oleh anak-anak.
.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati. 2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran. 3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata. 4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. 5. Bulat-bulatkan doh hingga habis. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan. 7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK:
1. Masukkn kentang rebus dalam mangkuk, lenyekkan hingga hancur.
2. Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
3. Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
4. Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
5. Golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
6: Panaskan minyak dengan api sederhana.
7. Goreng bebola kentang hingga keperangan.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama sos kesukaan anda.
Kalau selalu sediakan nugget sejuk beku untuk anak, selepas ini boleh lupakan dan gantikan dengan chicken donut atau donut ayam ini pula. Ianya rangup dan juga enak, anak-anak confirm suka.
Lagi menarik cara menyediakannya juga mudah, hanya menggunakan roti keping dan isi ayam bersama rempah yang sedia ada di rumah.
Cara buat chicken donut guna roti keping & isi ayam
Bahan-bahan
4 keping roti
250g dada ayam
1 sdk serbuk lada hitam
1 bji telur
1 sdk stok ayam
1 sdk serbuk cili
1 sdk cili flakes (jika mahu pedas)
1 sdk serbuk halia
Sedikit garam
Tepung jagung
Cara membuat
1. Terlebih dahulu kisar kering roti hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dada ayam, bersama bahan-bahan yang lain kecuali tepung jagung dan serbuk roti. Kisar hingga hancur dan halus semuanya.
3. Keluarkan adunan dan letak dalam bekas. Sapukan sediki minyak pada telapak tangan supaya adunan tidak melekat sewaktu membentuk adunan.
4. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan buat lubang di bahagian tengah seperti donut. Selepas siap dibentuk, letak atas dulang yang dilapik plastik supaya tidak melekat.
5. Selepas selesai dibentuk salut chicken donut dengan tepung , kemudian salut dengan serbuk roti sebelum dicelup dalam bancuhan telur.
6. Boleh terus digoreng hingga keperangan. Angkat, tos dan sedia dihidangkan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!