Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
Ads
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Biasanya ada tiga label atau tag yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY, & EXPIRY DATE.
Jom semak fakta yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dalam FB mereka. Ni penting bagi memastikan anda tidak terkeliru dan faham dengan lebih jelas lagi.
BEST BEFORE
Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .
Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.
Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .
USE BEFORE
‘USE BEFORE’ : Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.
USE BY
‘USE BY’ : Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .
EXPIRY DATE
EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang .
Sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Ketupat adalah salah satu hidangan wajib di hari raya. Selalunya ketupat dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran. Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
1. PILIH BERAS TERBAIK
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. DAUN KELAPA YANG MUDA & SEGAR
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. KANDUNGAN BERAS
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. REBUS 4-5 JAM
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. TOS DAN GANTUNG
Kredit foto: Sekin Orkid via MAHN
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. SIMPAN SEJUK BEKU
Kredit foto: Nama Saya Siti Aisyah via MAHN
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.
Sarapan yang ringkas dan sihat, scrambled egg antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Jika korang kreatif, boleh pelbagaikan varisi scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi. Inilah tip &tricknya:-
.
Antara bahan-bahan asas yang diperlukan selain telur adalah serbuk lada sulah dan lada hitam, garam halus dan mentega. Susu dan mentega adalah dua bahan wajib ada untuk menghasilkan scrambled egg yang moist dan sedap seperti korang makan di hotel.
Kenapa scramblend egg yang disediakan di hotel itu nampak sedap dan menggoda, tapi bila buat sendiri tak semengah hasil kejadiannya, kadang menjadi, kadang -kadang tak seperti diharapkan. Nak tak nak kenalah makan juga.
Sebenarnya untuk mendapatkan hasil secrambled egg nampak cantik ikut cara ini:-
Sentiasa gunakan kuali non stick agar telur tidak lekat atau mudah hangus.
.
Jika ingin warna kuning cerah pada scrambled egg, masak sekejap je dan masa kacau telur tu jangan sampai berbuih ye. Bila mengeras dan masak terus angkat, jangan biar lama di atas kuali. Bimbag terlur akan keras dan kering kerana kuali masih panas.
Variasikan scrambled egg
.
Untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama, korang boleh campurkan di dalam telur bawang Holland, cili benggala, cendawan cincang, keju, daging atau sosej.
.
Tumis dengan sedikit mentega bahan campuran ini, setelah layu masukkan telur.
Masaklah scrambled egg ikut cara korang sendiri janji sedap dan setanding dengan hotel.
Yang penting korang praktikkan Teknik memasak yang betul, menggunakan bahan berkualiti dan menggunakan kuali tidak melekat.
.
Berikut resipi ringkas scrambled egg yang mudah.
Bahan-bahan: 4 biji telur 1/4 cangkir susu Garam dan lada sulah secukupnya sesuai selera 1 sudu mentega
CARA MEMASAK:
.
Campurkan telur bersama bahan lain, kacau rata.
Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api sederhana.
Tuangkan adunan telur dalam kuali kemudian kecilkan api.
Apabila telur mula keras, terus kacau supaya telur tidak berketul dan masak sekata.