Tatkala syawal menjelma, ketupat atau lemang menjadi pilihan hidangan pembuka selera. Berlaukkan serunding, gabungan keduanya cukup sempurna melengkapkan menu hidangan istimewa lebaran ini. Khas buat anda, RASA tampilkan lima resepi serunding enak buat membangkitkan selera seisi keluarga dan tetamu yang bertandang.

 

1. SERUNDING DAGING

5 Jenis Serunding Lengkapkan Menu Hidangan Istimewa Lebaran Ini. Pasti Membangkit Selera!

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging batang pinang
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

 

Bahan A

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  •  2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • Bahan B
  • 2 genggam jintan manis
  • 2 genggam ketumbar

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging sehingga empuk dan disiat halus.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan santan. Kacau sebati.
  6. Masukkan daging yang telah disiat.
  7. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

Info chef: Ketuk daging yang telah direbus tadi hingga lembut bagi memudahkan proses menyiat daging.

 

 

 

2. SERUNDING AYAM

5 Jenis Serunding Lengkapkan Menu Hidangan Istimewa Lebaran Ini. Pasti Membangkit Selera!

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa.

 

Bahan A

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas

 

IKLAN

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ayam yang telah disiat.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak sehingga garing dan angkat.

 

Info chef: Anda boleh menggunakan api yang perlahan ketika mereneh rendang. Semakin rendang di masak lama, semakin enak rasanya.

 

 

 

3. SERUNDING IKAN

5 Jenis Serunding Lengkapkan Menu Hidangan Istimewa Lebaran Ini. Pasti Membangkit Selera!

BAHAN-BAHAN

  • 2 kg ikan
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan

Bahan A

  • 1/2 kg ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • Bahan B
  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan dan asingkan bahagian isi dan tulang.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulang.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

Info chef: Serunding ikan sesuai juga dimakan bersama roti dan dijadikan inti kuih muih.

 

4. SERUNDING IKAN BILIS

5 Jenis Serunding Lengkapkan Menu Hidangan Istimewa Lebaran Ini. Pasti Membangkit Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm ikan bilis putih
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

 

Bahan A

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

 

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Rendam ikan bilis putih dan kisar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

Info Chef: Pilih ikan bilis yang berkualiti untuk menghasilkan serunding yang sedap.

 

 

5. SERUNDING UDANG GERAGAU

5 Jenis Serunding Lengkapkan Menu Hidangan Istimewa Lebaran Ini. Pasti Membangkit Selera!

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm udang geragau
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

 

Bahan A

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

 

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam udang geragau dan kisar kasar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan udang geragau yang telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

Info Chef: Pastikan serunding betul-betul kering supaya anda dapat menyimpannya untuk tempoh yang lama.

 

 

Kongsi resepi : Aroma Bonda

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI