Inti sardin ni tak susah pun untuk membuatnya. Jika tahu cara dan teknik yang betul, karipap sardin yang anda buat pasti kelihatan elok dan tidak bocor ketika digoreng. Jom kita lihat cara-cara membuat inti sardin untuk karipap. Malah anda juga boleh gunakan inti yang sama untuk menghasilkan Sardin Roll, Roti Goreng, Popia dan sebagainya. Just be creative. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
4 tin sardin | asingkan kuah dan isi ikan
6 ulas bawang putih | ditumbuk
5 biji bawang merah besar | dihiris
Minyak untuk menumis
Serbuk cili secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
Ads
2. Kemudian masukkan masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
3. Seterusnya masukkan serbuk cili, garam, gula dan serbuk perasa. Jika mahu letak cili boh atau cili api pun boleh. Masak hingga sebati.
4. Masukkan ikan sardin yang telah ditapis kuahnya. Lenyek hingga sedikit hancur.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa serta semua bahan telah masak sepenuhnya, tuang inti sardin ke dalam bekas berlubang. Tujuannya untuk menapis lebihan cecair yang ada pada inti. Jika tidak, bila inti diisi pada doh, kulit karipap akan berlubang dan bocor kerana intinya basah.
Ads
6. Setelah inti sardin sejuk, bolehlah disudukan pada kulit karipap dan kelim dengan kemas.
7. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
Ads
Info chef: 1 tin sardin boleh menghasilkan inti untuk 30-35 biji karipap bergantung pada jumlah yang anda isi.
Malam Tahun Baru Cina adalah malam di mana keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar bersama keluarga. Hidangan tradisional mereka sering dikaitkan dengan kesejahteraan, tuah dan keuntungan besar.
Masa inilah bermacam hidangan lazat dihidangkan. Di antara makanan utama yang dihidangkan semasa makan besar adalah ikan, ladu (dumpling), popia, tangyuan (bebola nasi manis), buah limau, niangao (kek beras pulut) dan mi panjang umur.
NI 7 Hidangan yang harus ada pada malam menjelang Tahun Baru Cina seperti dikongsikan oleh Hana Japre dalam Ohhangat.com.my.
1. IKAN
Foto : epicurious.com
Ikan sering menjadi menu utama di malam Makan Besar. Dipercayai kaum Cina sering memilih ikan sebagai menu utama semasa makan besar kerana sebutannya dalam bahasa Cina iaitu yú membawa maksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun yang mendatang. Ayam dan itik juga sering dihidang sebagai menu tambahan.
2. LADU
Ladu ialah menu klasik masyarakat cina yang berbentuk bujur. Ia sering disajikan semasa Tahun Baru yang membawa makna kekayaan.
Menurut lagenda, jika seseorang itu makan ladu dengan banyak semasa Tahun Baru, maka mereka akan memperoleh banyak wang.
4. POPIA
Foto : najjah’sbite
Membawa maksud kekayaan, popia sebenarnya adalah hidangan dim sum berintikan sayur, daging atau bahan-bahan yang manis, yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng hingga keemasan. Popia merupakan menu yang popular di Timur China.
4. BEBOLA PULUT MANIS ( TANG YUAN)
Foto : huangkitchen.com
Menu popular lain adalah bebola pulut manis (tangyuan), yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk tangyuan yang bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu.
5. MI PANJANG UMUR
Foto : taste.com.au
Mi panjang umur (longevity noodle) pula dihidangkan bagi melambangkan kebahagiaan dan umur yang panjang.
6. LIMAU MANDARIN
Foto : amazon,com
Buah-buahan juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa makan besar atau sepanjang Tahun Baru. Buah yang sering dihidangkan adalah limau, oren dan limau bali kerana bentuknya yang bulat serta warnanya yang ‘keemasan’ memberi makna kekayaan dan ‘penuh’.
7. KEK BERAS PULUT (KUIH BAKUL)
Foto : permata1960.blogspot.com
Menu lain yang turut disajikan adalah kek beras pulut (niangao). Menurut kepercayaan kaum Cina, niangao memberi maksud ‘semakin tinggi setiap tahun’. Kuih ini kurang dikenali generasi masa kini berbanding generasi yang berusia .
Ni min kongsikan resipi kuih bakul , kuih tradisional Cina yang patut diwarisi generasi muda tak kira bangsa.
KUIH BAKUL (Kek Beras Pulut)
BAHAN-BAHAN :
450 gram tepung pulut
188 gram gula perang
188 gram gula putih
750 gram sirap golden
370ml air
4 atau 5 tin loyang berukuran 10cm
Daun pisang dilayur
Cara Membuat Kuih Bakul
1. Gaulkan tepung pulut dengan air sehinggalah sebati adunan. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Mengikut kesesuaian anda biarkan lebih kurang 15 minit.
2. Alas tin dengan daun pisang.
3. Selepas itu, didihkan air dan tuangkan separuh adunan ke dalam tin.
4. Kukus selama 7 atau 8 jam mengikut kesesuaian anda.
5. Apabila kuih sudah masak, ia akan kelihatan berwarna coklat. Biarkan ia semalaman sebelum mengeluarkan kuih itu dari tin.
Kuih muih melayu memang enak rasanya. Tambah pula dapat yang kena dengan citarasa. Bukan setakat satu nak rasa, boleh habis sepinggan. Nak dapat yang memenuhi citarasa memang sukar, ada saja kurangnya , mungkin rasa lemak manisnya tiada.
Kuih Kacang Hijau antara kuih yang mengembalikan nostalgia lama kita. Mungkin ada di antara kita terkenang ibu pernah membuatnya semasa kecil.
Mungkin juga ada yang membantu ibu menjual kuih ini di pasar sehari. Rindu akan kenangan dulu, tak salah kita cuba buat kuih kegemaran ramai ini.Boleh cuba buat ikut resepi yang dikongsikan ini. Resepi ini dapat hasilkan 20 biji kuih kacang hijau.
KUIH KACANG HIJAU
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
2 senduk kelapa parut
3 senduk gula ikut manis yang kita suka
untuk salutan celup tepung:
1 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu tepung jagung (optional)
1 sudu air kapur.makan
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Cara membuat:
Rendam kacang hijau 1-2 jam.Kemudian rebus.
Agak kering air, letak gula. Gaul sampai kering dengan api perlahan.
Letak kelapa dan tunggu sejuk. Saya letak dalam peti sejuk sebab buat malam. Pagi tu.keluarkan, bentukkan macam ini. Pastikan padat kalau tidak berderai masa goreng.
Teringin nak makan cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar, korang boleh saja buat sendiri di rumah. Sangat mudah, jimat dan terjamin kebersihan. Paling penting makan puas. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah:-
CUCUR UDANG BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan yis (mauripan)
Air sejuk | boleh agak-agak
Segenggam tauge
Sedikit kucai | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | parut memanjang
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Masukkan tepung dalam bekas, tambahkan serbuk kunyit, yis dan garam. Gaul rata.
Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan tauge, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap 30 minit.
Panaskan minyak (minyak banyak), kemudian rendam senduk bulat besi (sebagai acuan cucur) dalam minyak panas.
Tuangkan cucur di dalam senduk tersebut dan letakkan udang di tengah-tengahnya.
Masukkan dalam minyak panas sambil goyang-goyangkan senduk sehingga adunan cucur tertanggal dari senduk.
Goreng cucur hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dipotong dan sedia dihidangkan bersama kuah kacang atau sos cili.