Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu perkongsian dari saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
1. Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya. Pastikan bakar dengan api terus seperti dalam gambar atau guna kayu api pun boleh.
3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ni. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
Ads
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.
4. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.
5. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.
6. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.
7. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.
8. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.
Ads
9. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal dan boleh bezakan halia dan lengkuas. Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was-was sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang yang mempunyai bau. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tipi yang rasa kongsikan ini.
Warna Dan Tekstur Kulit
Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia lebih kepada kuning muda.Tekstur kulitnya juga lembut berbanding lengkuas.
Bau Dan Rasa
Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih hangat dan manis. Sementara lengkuas memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan. Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.
Penggunaan Dalam Masakan
Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa pedas hangat yang lembut.
Jenis Masakan
Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman sereta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang panas, pedas. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..
Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ye.
Agar santan segar tahan lama kita biasanya simpan di bahagian sejuk beku atau freezer. Tapi jadi masalah bila mahu menggunakan santan ini, kita perlu ambil masa yang lama untuk santan cair baru boleh digunakan.
Ramai tak tahu sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan santan dalam freezer agar tak beku dan boleh terus digunakan untuk memasak. Tip ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Tip simpan santan agar tidak beku dan senang guna
1. Sediakan kertas atau surat khabar kemudian basahkan. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.
2. Kemudian simpan santan yang dibalut ini dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.
3. Bila nak guna buka balutan surat khabar dan waktu ini kita akan perasan yang mengeras cuma kertas saja. Santan dalam tak mengeras.
Ikan celup tepung memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!
BAHAN-BAHAN:
Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
Serbuk kunyit
Kapur makan
Garam secukup rasa
2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
CARA-CARA:
1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati. 2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati. 3. Tambahkan garam dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.