
Tidak lengkap hidangan buat tetamu tanpa adanya sajian pemanis mulut. Selain kek, puding dan kuih muih, terdapat pelbagai jenis pemanis mulut yang boleh anda sediakan termasuklah aneka mufin. Lepas jemu makan aneka lauk daging, boleh nikmati anek mufin sedap pula. Barulah lengkap hidangan raya. Pasti tambat selera tetamu yang berkunjung.
1. MUFIN OREO GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 170gm mentega
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh emulco coklat
- 160gm tepung naik sendiri
- 50gm serbuk oreo – dibuang inti
- 10 keping biskut oreo
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga menjadi putih.
- Setelah itu, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan emulco coklat kedalam adunan. Pukul lagi hingga sekata.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ked ala acuan muffin sehingga memenuhi 3/4 acuan.
- Taburkan serbuk oreo dan letakkan sekeping biskut preo diatas aduanan tadi.
- Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga mufin masak.
2. MUFIN BLUEBERI VANILLA
BAHAN –BAHAN:
- 200gm mentega
- 240gm gula perang
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 320gm tepung naik sendiri
- 140gm susu segar
- 140gm isian @ jem blueberi
- 100gm buah blueberi segar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar . Gaul rata.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan mufin dan picitkan isian blueberi dengan secukupnya.
- Letakkan dua biji buah blueberi diatas setiap mufin dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MUFIN MOCHA BERCOKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 240gm gula perang
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh emulco coklat
- 320gm tepung naik sendiri
- 140gm susu segar
- 1 sudu teh perasa kopi
- 80gm cip coklat
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula larut.
- Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga kembang.
- Tambahkan esen vanilla diikuti emulco coklat ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
- Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu segar yang telah dicampur dengan perasa kopi. Gaul lagi hingga rata.
- Masukkan adunan ke dalam acuan mufin dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.
- Setelah siap, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Perasa kopi boleh digantikan dengan bancuhan 1/2 sudu teh kopi yang dibancuh dengan sedikit air panas.
4. MUFIN PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 240gm gula perang
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh emulco pisang
- 320gm tepung naik sendiri
- 140gm susu segar
- 3 biji pisang
- 80gm cip coklat
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Seterusnya masukkan esen vanilla dan emulco pisang ke dalam adunan.
- Lenyek dua biji pisang dan masukkan ke dalam adunan. Adun lagi hingga sebati.
- Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar. Gaul hingga adunan sebati dan rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan tabur cip coklat dengan secukupnya.
- Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak.
INFO CHEF: Sebaiknya guna pisang berangan atau pisang emas.
5. MUFIN LOBAK MERAH NESTUM
BAHAN-BAHAN :
- 170gm mentega
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 100gm parutan lobak merah
- 70gm kismis
- 160gm tepung naik sendiri
- 2 sudu makan nestum
- 1/4 sudu teh tepung naik sendiri
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan parutan lobak merah ke dalam adunan.
- Setelah itu masukkanjuga tepung sedikit demi sedikit serta nestum. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan taburkan kismis dengan secukupya.
- Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.
- Setelah siap dibakar, disejukkan seketika dan boleh dihidangkan.
6. MUFIN WALNUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 170gm mentega
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 160gm tepung naik sendiri
- 1 sudu makan emulco coklat
- 1 sudu teh esen vanila
- 50gm kacang walnut
CARA MEMASAK:
- Satukan gula dan mentega. Pukul sehingga putih
- Kemudian masukka telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang.
- Tambahkan emulco coklat serta esen vanilla. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan adunan sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalama cuan mufin dan letakkan kacang walnut diatasnya.
- Bakar selama 25 minit pada suhu 170°C.
- Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
7. MUFIN EPAL BERKISMIS
BAHAN-BAHAN:
- 170gm mentega
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 160gm tepung naik sendiri
- 1 biji buah epal merah | dipotong dadu kecil
- 50gm kismis
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan esen vanilla diikuti tepung. Adun sehingga sebati.
- Masukkan potongan epal dan kismis. Adun lagi.
- Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.
- Keluarkan, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Himpunan Resipi Menarik Dessert Buat Peminat Coklat

Kebanyakan daripada kita pasti meminati makanan yang berasaskan coklat terutamanya kanak-kanak.
Tidak kisahlah sama ada kek, biskut ataupun puding, rahsia kelazatan yang ada coklat ini ialah keseimbangan manis dan pahit.
WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega bergaram
200gm gula perang
1 biji telur gred A
260gm tepung serbaguna
60gm serbuk coklat
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
250gm yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan air suam
BAHAN INTI:
250gm krim keju
1 cawan krim putar
4 sudu makan gula kastor
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam paiping bag. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C.
4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan.
5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
*INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju.
ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN GANACHE
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA-CARA:
1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit.
5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
250gm mentega asli
70gm gula aising
1 sudu teh garam
BAHAN TOPPING:
226gm krim keju
226gm krim putar
2 sudu makan gula
170gm nutella
CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C.
2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
*INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.
*INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.
*INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
PUDING SUSU KOPI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1300ml susu cair
2 paket serbuk agar-agar kosong
10 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 paket coffeemix 3 in 1
3 sudu makan serbuk koko
CARA-CARA:
1. Campurkan susu cair, gula, agar-agar dan garam dalam periuk. Jangan buka api dulu. Gaul sebati baru hidupkan api. Masak hingga mendidih dan tutup api.
2. Sediakan acuan masukkan kira-kira 5 senduk adunan susu ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan agak keras.
3. Ambil 5 lagi senduk adunan susu dan tambahkan sepaket coffee mix 3 in 1 tadi. Gaul sebati dan curahkan adunan ke atas lapisan susu yang disejukkan tadi.
4. Adunan terakhir tambah serbuk koko dalam adunan susu. Dan curahkan di atas lapisan kopi tadi. Sejukkan semalaman.
Tips: Panaskan adunan setiap kali nak tambah perisa sebab adunan akan keras kalau tidak dipanaskan.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100g mentega
250g coklat dark compound | cairkan
2 sudu besar Nutella
*150gm tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
½ sudu besar tepung beras
(campur dan ayakkan bahan bertanda *)
2 biji telur
½ cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
1. Panas dan cairkan coklat, nuttela dan mentega secara berasingan. Saya pakai pengukus je cairkan senang tak merecik air panas. Kalau double boil leceh.
2. Kemudian, campurkan kesemua di dalam satu bekas. Kacau-kacau.
3. Masukkan telur, gula perang dan esen vanilla. Kacau.
4. Masuk tepung kacau lagi. Tak kisah kacau laju, perlahan atau sedang-sedang, asal kacau.
5. Lapik baking paper dalam loyang. Kemudian, letak sesenduk amik spatula, ratakan nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus.
6. Tabur segala yang anda suka, sama ada kuaci, jenis kekacang seperti hazelnut, pecan, tabur je. Rata-ratakan.
7. Bakar suhu 160/170C api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
8. Tengok ye bergantung ketuhar masing-masing. Ketuhar saya kurang panas, jadi lama sikit masa membakar. Ada ketuhar cepat panas jadi 20 minit boleh periksa dah.
*Masa panas, brownies ni memang belum cruncy. Jadi potong laju-laju masa panas, brownies tak mudah pecah. Apabila dah sejuk, baru ambil pisau sisip bawah brownies tadi.
BISKUT ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250g mentega/marjerin
150g gula icing
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanila
450g tepung gandum*
2 sudu teh tsp emplex*
Ayak bahan bertanda *
150-180 badam saiz sederhana berkulit | disangai/bakar dalam ketuhar hingga kuning keemasan, sejukkan di atas rak dawai
BAHAN SALUT
600g coklat masakan
1 sudu besar lemak sayur/cocoa butter
Almond nibs secukupnya | disangai hingga kuning keemasan
Paper cup secukupnya
CARA-CARA:
1. Satukan mentega dan gula icing, pukul hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
3. Keluarkan dari peti sejuk. Tutup doh dengan tuala lembap supaya doh tidak menjadi kering.
4. Ambil sedikit doh lebih kurang 3/4 sudu teh dan salutkan doh pada sebiji badam dan bentukkan seperti oval. Buat hingga habis.
5. Susun di dalam loyang dan bakar dalam pada suhu 160-170°c selama 20-25 minit ikut ketuhar memasing. (ketuhar saya 160c 20 minit api bawah sahaja). Sejukkan atas rak dawai.
6. Cairkan coklat bersama lemak sayur secara double boiler, kacau rata. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga menutupi biskut tersebut. Taburkan almond nibs dan sejukkan.
*saya buat separuh bancuhan dan kacau guna senduk kayu sahaja dapat 108 ketul. Omit emplex sama je rangupnya. Kali ni guna choc coins + cocoa butter dan panaskan dalam microwave 1 minit.
Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
(semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan)
4 biji telur gred A
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder
(ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati.
3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek.
4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair.. Sejukkan baru tuang atas kek.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN A
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
3/4 cawan gula
*Masak sampai larut/hancur agar-agar. Kemudian masuk gula
BAHAN B
5 keping roti gardenia | buang kulit tepi, potong kecil-kecil
1 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin | dicairkan dulu atas api perlahan
2 sudu besar susu pekat
1 penutup esen vanilla
Secubit garam
1 sudu besar serbuk koko**
1 sudu besar milo**
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam alat pengisar, kecuali bahan
bertanda** . Kisar halus.
2. Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Masak sampai mendidih. Tutup api.
3. Adunan puding tadi, asingkan dalam 1/2 cawan. Selebihnya bahagi dua. Satu yang asal, satu lagi campur dengan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau, sebatikan.
4. Tuang adunan puding yang coklat tu ke dalam loyang 8×8. Biarkan sederhana beku. Tuang adunan puding yang asal atas coklat tadi perlahan-lahan hingga habis. Biarkan sederhana beku.
5. Agar-agar yang 1/2 cawan tadi, panaskan semula dalam periuk. Campur 1 sudu kecil serbuk koko dan 1 sudu kecil milo. Kacau-kacau dan sebatikan..
6.Tuang dalam piping bag atau botol muncung kecil. Memang panas, pegang piping bag/botol tu berlapik dengan tuala/kain yang sesuai. Piping corak ikut suka atas permukaan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.
7. Keluarkan puding dari loyang. Boleh potong-potong dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Zura Zul
ROTI JALA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
3 sudu besar serbuk koko/boleh ganti milo
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu gula castor/gula biasa pun boleh
2 sudu minyak masak
Secubit garam
2 1/2 cawan air (kalau rasa pekat, tambah lagi sedikit air)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan. Kacau bagi sebati. Nak senang masuk semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati, kemudian tapis.
2. Tuang adunan dalam botol lubang/muncung 3.
3. Panaskan non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kirai/jala adunan ke atas pan/kuali. Biarkan hingga masak. Kemudian angkat, lipat dan gulung.
SOS COKLAT MUDAH
2 sudu serbuk koko
250ml susu cair
100ml susu pekat
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu golden syrup (kalau tak ada, boleh ganti dengan coklat masakan. Saya guna jenama Meriah. Masak dalam 4 bar. Tak nak bubuh pun tak apa. Cukup dengan serbuk koko je)
1 sudu tepung jagung (untuk pekatkan sos coklat)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau guna whisk untuk rata dan sebatikan.
2. Masak atas api perlahan. Sentiasa kacau. Masak hingga sos nampak sedikit likat/pekat. Tutup api.
3. Sedia untuk dicicah bersama roti jala versi coklat.
Kredit resipi: Zura Zul
PUDING BISKUT JEJARI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
Biskut jejari
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair (sukat 2 cawan, tak cukup tambah air. Boleh juga guna susu segar dalam kotak)
5 sudu besar tepung kastard (bancuh dulu dengan sedikit air)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
Secubit garam
Pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Masak air dengan agar-agar hingga larut agar-agar. Masukkan gula. Kacau-kacau hingga larut gula.
2. Pastikan guna api sederhana. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau rata.
3. Kemudian tepung kastard. Kacau dengan cepat bagi rata. Kalau tidak tepung kastard akan berketul-ketul. Bubuh secubit garam. Kacau sekata. Perlahankan api.
4. Basahkan loyang 8×8. Susun biskut jejari dalam loyang tu hingga penuh bahagian bawah loyang.
5. Ambil 3 ½ cawan agar-agar dalam periuk tadi tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau. Sebatikan.
6. Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat tadi, tuang perlahan-lahan atas biskut jejari. Ratakan agar-agar coklat atas biskut jejari. Biarkan sederhana beku.
7. Susun lagi biskut jejari penuh loyang. Seperti biasa, tuang 1 cawan agar-agar coklat atas biskut jejari, ratakan. Biarkan sederhana beku.
8. Langkah ke-3 sama juga caranya. Susun dan tuang hingga habis adunan coklat. Biarkan sederhana beku.
9. Lebihan adunan agar-agar dalam periuk tadi, bubuh sedikit pewarna kuning atau ikut suka. Tuang perlahan-lahan atas puding biskut jejari tadi hingga habis. Biarkan beku/sejuk.
10. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam. Keluarkan. Guna pisau plastik. Cuba-cuba untuk keluarkan pudding. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
Kredit resipi: Zura Zul
KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE
BAHAN A:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu teh vanila
(Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
(Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
½ cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 penutup esen vanila
*Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk.
2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi.
3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat.
4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
Kredit resipi: Dyzah Sulaiman
PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN A: (AYAK)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B:
(masak dalam periuk, guna api kecil, kacau betul-betul sebati)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula pasir
BAHAN C:
3 biji telur (kisar sampai berbuih)
ADUNAN CHEESE:
(satukan semua bahan dan kacau sebati)
250gm cream cheese
½ cawan gula kastor
½ cawan susu cair
¾ cawan tepung gandum
1 biji telur
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan B berselang-seli sehingga adunan betul-betul sebati.
2. Masukkan dalam pengisar untuk dapat adunan yang halus.
3. Panas pengukus, balut penutup dengan tuala bagi mengelakkan air jatuh atas adunan.
4. Oles minyak pada acuan kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang ¼ acuan. Kukus 3 minit.
5. Tuang adunan coklat dan sambung kukus 8-10 minit.
Kredit resipi: Mimi Rizmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Biskut Raya Tanpa Acuan Paling Senang, Rasa Tip Top Sedap & Rangup.

Macam-macam persepsi orang terhadap biskut atau cookies raya, ada yang tertarik pada keenakan dan tak kurang pada bentuk hiasannya. Apapun setiap biskut ada kelebihannya. Apa kata korang cuba pulak 9 resipi biskut raya tanya acuan yang rangup dan sedap ni. Senang je.
BISKUT CHOCOLATE CRINKLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan gula Kastor
- 1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh serbukkopi(serbuk nescafee)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan gula aising
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
- Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
- Susun ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.
BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 300gm tepung serbaguna
- 150gm gula icing
- 100gm buahan-buahan campuran
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4sudu teh parutan lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
- Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
- Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
- Gaul sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
- Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
- Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
- Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT BEBOLA COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula aising
- 1 1/2 sudu teh serbuk koko
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu teh baking powder
- 250gm coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati
- Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
- Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
- Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
- Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
- Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
- Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
- Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
- Biarkan coklat mengeras baru sedia dihidangkan atau simpan.
BISKUT NESTUM MADU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 4 cawan nestum
- 2 cawan coklat urai
- 1 biji telur2 sudu makan madu
- 1 cawan gula perang1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
- Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
- Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
- Gaul sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan cornflakes
- 1/2 cawan madu
- 1/2 cawan gula castor
- ½ cawan peanut butter
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
- Masukkan peanut butter dan kacau sebati.
- Tuangkan cornflakes ke dalam adunan dan gaul.
- Bulat-bulatkan adunan
COOKIES CHOCOLATE CHIPS
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm mentega
- 300gm gula perang
- 2 biji telur
- 450gm tepung gandum
- 10gm soda bikabornat
- 100gm kacang pican
- 200gm chocolate chips
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan mentegha hingga kembang.
- Masukkan telu, pukul lagi.
- Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda bikarnonat.
- Seterusnya masukkan chocolate chips dan kacang pecan.
- Gaul rata hingga menjadi doh lembut.
- Mengunakan sudu ambil doh lebih kurang 10gm dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan parchmenet paper.
- Masukkan dulang dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 180C selama 15-18 minit.
- Setelah masak, sejukkan sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
MULTI GRAIN COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 150gm gula kastor
- 1 biji telur
- 100 susu tepung
- 225gm tepung jagung
- 125 tepung ubi
- 50gm tepung gandum
- 100 multi grain
CARA MEMASAK:
- Putar mentega dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan putur lagi.
- Seterusnya masukkan campuran susu tepung, tepung jagung, ubi dan gandum ke dalam adunan.
- Gaul sebati menjadi doh lembut.
- Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
- Susun dalam dulang pemakar.
- Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.
CHARCOOL COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 100gm gula perang
- 2 biji telur
- 5gm esen vanila
- 15gm koko hitam
- 1 sudu teh serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 260gm tepung gandum
- 100gm chocolate chips
- 50gm cornflaks | masuk dalam bahan
- 100gm cornflaks | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Putar mentega dengan gula perang hingga kembang.
- Masukkan telurdaan esen vanila dan putur lagi.
- Tuangkan koko hitam, serbuk koko tepung yang digaul bersama serbuk penaik. Adun lagi.
- Masukkan chocolate chips dan cornflaks, adun hingga menjadi doh lembut.
- Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
- Susun dalam dulang pemakar.
- Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.
BISCOFF BISCUIT
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 140gm gula icing
- 40gm kuning telur
- 350gm tepung gandum
- 100 Biscoff crumbs
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula icing, telur kuning dan garam sehingga adunan berubah warna.
- Masukkan pula tepung, adun rata kemudian masukkan Biscoff crumbs hingga menjadi doh lembut.
- Wrapkan dengan plastik warp dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
- Jika suka boleh tambahkan dengan badam atau hazelnut cincang.
- Kemudian bentukkan doh seperti selinder.
- Potong nipis dan susun dalam dulang pembakar,
- Masukkan dalam ketuhar, bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.
- Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
.
Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

Hidangan aneka kek pelbagai rasa dan rupa pastinya mengujakan tetamu yang datang beraya. Mana tidaknya, semua yang dihidang kelihatan sedap dan memikat selera. Selain lauk daging, pastikan hidangan tidak dilupa di pagi Aidiladha nanti. Lebih istimewa, resipi-resipi kek ini adalah perkongsian blogger tersohor; Malina Lina Pg.

Resipi yang dikongsi memang mudah, ringkas dan tentunya menyerikan lagi hari raya anda. Selamat mencuba!
1. BLENDED ORANGE CUPCAKES
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah limau
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula halus
- 4 biji telur gred B
- 2 cawan tepung gandum (*)
- 1 sudu makan baking powder (*)
- 1-2 titik pes lemon
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan bertanda (*) dan ayak bersama. Ketepikan.
- Cuci buah limau, belah dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi menjadi kepingan kecil bersama kulitnya sekali.
- Masukkan potongan limau ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus dan tambah sedikit pes lemon.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
- Tuangkan ke dalam soufflé cup atau loyang yang telah dialas. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. Suhu dan masa berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
2. CARAMEL CHEESECAKE
BAHAN A (GULA HANGUS):
- 4 sudu makan gula kastor
BAHAN B (PUDING KARAMEL):
- 6 biji kuning telur
- 200gm susu cair
- 70gm air
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C :
- 4 biji putih telur
- 50gm gula kastor
- 1/4 sudu teh cream of tartar
BAHAN D:
- 500gm krim keju
- 150gm gula kastor
- 40gm mentega
- 4 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
- Satukan bahan B dan gaul hingga sebati. Tuang sambil dinapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
- Kemudian, pukul bahan C hingga pekat dan bertanduk.
- Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut dan licin. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul ke dalam adunan keju (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min. LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula sahaja.
- Bakar guna teknik water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 150C .Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
3. KEK MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 227gm mentega tulen (pure butter)
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan gula kastor
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu segar/susu cair
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.
- Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan adunan kelihatan pucat.
- Kemudian tambah telur sebiji demi sebiji hingga habis.Telur terakhir pukul selama 4 minit. Masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau dialas dengan kertas minyak.
- Bakar suhu 150C selama 40 minit sehingga kek masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing-masing.
4. KEK GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 2 sudu makan mentega
- 1/2 cawan susu pekat manis
CARA MEMASAK:
- Masak gula dalam periuk hingga cair kemudian masukan 1 cawan air pelahan-lahan. Kacau hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan sebentar.
- Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder. Ayak & ketepikan.
- Pukul telur menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nampak pekat.
- Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8 yang telah digris terlebih dahulu. Tekstur adunan memang cair.
- Rehatkan adunan selama 10-15 minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Bakar kek menggunakan api bawah selama 30 minit dan selebihnya guna api atas bawah sehingga kek betul-betul masak. (LiNa Pg bakar selama 40 minit)
5. MUFFIN COKLAT CHIPS MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan susu segar /susu cair
- 1 biji telur | pukul sikit
- 1/3 cawan minyak atau mentega yang dicairkan
- 1 sudu teh esen vanila
- Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan. Gaulkan dengan gula.
- Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanilla dan minyak. Kacau rata.
- Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata. Guna pemukul tangan sahaja. Masukkan cip coklat. Gaul rata. (simpan sedikit cip coklat untuk tabur atas muffin)
- Sudukan aduanan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
- Bakar suhu 159C selama 20 minit atau hingga masak (suhu bergantung kepada ketuhar masing-masing.)
6. KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN A:
- 250gm krim keju
- 60gm gula halus
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu makan air
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 sudu makan tepung gandum
CARA-CARA:
- Pukul krim keju bersama gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dengan air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK):
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- Sedikit garam
- 1/2 cawan air panas didih
- 1/2 cawan susu segar/susu cair
- 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil baking powder
CARA-CARA:
- Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
- Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
- Masukkan air panas, susu dan minyak.
- Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
- Bahagikan pada dua bahagian. Biarkan sebentar.
CARA MEMASAK
- Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
- Tuang separuh adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan krim keju diatasnya. Tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Kemudian tuang separuh lagi adunan coklat, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit hingga kek benar-benar masak.
- Setelah kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.
7. KEK KASTAD PANDAN
BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI ):
- 1 biji kek span pandan | resepi dibawah
BAHAN (A):
- 180gm gula kastor
- 500ml air daun pandan
- 10gm serbuk agar-agar
BAHAN (B):
- 400ml santan pekat
- 100gm tepung hoen kwee hijau
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Secubit garam
- Hiasan – 1 cawan kelapa kering (jika suka)
CARA MEMASAK:
- Kek span dibahagikan kepada 2 bahagian. Ketepikan.
- Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
- Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan adunan ini ke dalam adunan (A).
- Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
- Sediakan acuan bulat atau petak. Guna jenis loose tin atau ikut bentuk kek span.
- Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 adunan kastad ke atas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya.
- Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja supaya kastad padat dibahagian bawah. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
- Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
BAHAN KEK SPAN PANDAN:
- 150gm tepung superfine
- 150gm gula kastor
- 5 biji telur A
- 1 sudu makan ovalette
- 80ml air daun pandan
- 80ml minyak / mentega cair
- 1 sudu teh pes pandan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1 minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
- Tuangkan minyak atau mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
- Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150C.
- Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai kek selama lebih kurang 5 minit. Ia bertujuan untuk mengelakkan kek mengecut.
- Kemudian sisip sekeliling kek dan keluarkan dari loyang.
8. KEK MINYAK
BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI):
- 5 biji telur
- 3/4 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- ¾ cawan susu pekat
- 1 sudu makan ovallate
- 1 cawan minyak masak
- Perasa nanas / pisang
- Pewarna pilihan
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar suhu 170C.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
- Oles loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk menjadikan adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang. Corakkan ikut kreativiti.
- Bakar pada suhu 165C selama 50 minit menggunakan api atas bawah.
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
9. KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur gred A yang sejuk (dari peti ais)
- 225gm gula halus
- 220gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder | diayak bersama tepung gandum
- 1 sudu makan ovalette
- 150ml susu cair
- 1/2 sudu teh garam
- 100ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen vanilla
- Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
- Hawflakes/asam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Loyang disapu minyak dan dialas dengan baking paper. Ketepikan.
- Ayak tepung dan baking powder. Kemudian campur kesemua bahan- bahan di dalam mangkuk pengadun kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan gaul dengn senduk atau spatula hingga sebati.
- Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
- Tuangkan adunan yang telah diwarna ke dalam loyang. Ratakan adunan pertama dan susun hawflakes secukupnya dipermukaan.
- Kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu. Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterusnya.
- Buat hingga habis lapisan seterusnya, susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya. (Untuk lapisan terakhir LiNa Pg kukus selama 40 minit.)
- Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian terbalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
10. SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
BAHAN-BAHAN 🙁 LOYANG SAIZ 6-7 INCI)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh coffee emulco atau chocolate emulco
- Secubit garam
- 1/2 cawan minyak jagung/mentega cair
- 1 sudu teh cuka/ jus lemon
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 150C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper. Jika ingin menggunakan cawan kertas pun boleh.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
- Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan pemukul tangan. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau hingga masak. Suhu dan waktu memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing masing.
Kredit resipi & foto : Malina Lina Pg