Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Versi Seperti Kedai Bakery Popular

Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.

ROTI KOPI
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti
  • 50gm gula halus
  • 10gm garam halus
  • 10gm susu tpg
  • 10gm yis kering
  • 1biji telur A
  • 250gm Air sejuk
  • 40gm shortening

 

CARA MEMBUAT:

  1. Campur semua bahan kering kedalam mixer. Putar pada kelajuan perlahan mggunakan Dough Arm. 
  2. Masukkan telur, kemudian air perlahan lahan sehingga jadi doh selama 10 minit.
  3. Akhir masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
  4. Uji kekenyalan doh. Ambil sedikit doh tadi dan tarik sedikit demi sedikit sehingga dapat 1 lapisan tidak koyak (seperti orang tebar roti canai dapat doh yang nipis itu) guna jari jemari untuk tarik.
  5. Bahagikan doh 50/60gm setiap 1 .
  6. Bulatkan cantik-cantik doh dan pastikan permukaan doh yang licin sahaja. (Kalau mahu bole letak mentega yang dipotong dadu dalam doh)

INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.

IKLAN

 

Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Versi Seperti Kedai Bakery Popular

BAHAN SADURAN:

  • 100gm mentega
  • 100gm gula halus
  • 100gm tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu besar Coffee emulco/nescafe o kopi

 

IKLAN

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Putar mentega dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur dan putar lagi.
  3. Masukkan tepung dan coffee emulco dan putar sehingga sebati
  4. Setelah siap, guna piping bag (tidak perlu gunakan nozel) potong bahagian hujung sikit sahaja.
  5. Bila doh tadi sudah siap kembang bole paiping saduran atas doh macam dalam gambar
  6. Bakar 180’c selama 25-30mnt ikut oven masing2.

INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adri Oppa

IKLAN

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Roti Manis Selembut Kapas Gebu… Lembut Digigit Cair Dimulut

Roti Sosej Gulung Istimewa Tumbuk-Tumbuk Doh Untuk Hasil Yang Gebu

Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Ori Dari India & Langkah Buat Chapati Resipi Nenek .

http://www.rasa.my/lapar-tapi-nak-cepat-kebab-ayam-ringkas-pilihan-terbaik/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI