1. Panaskan minyak masak dan marjerin terlebih dahulu, Kemudian, tuang ke dalam adunan tepung yang sudah dicampur dengan garam dan serbuk oregano. 2. Gaul guna senduk hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sejuk (ais) secukupnya. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan 30 minit. Canai doh seperti dalam gambar.
3. Apabila inti telah siap, letakkan inti atas doh yang telah dicanai. Setelah siap anyaman, kelimkan hujungnya. Kalau tak nak kelim, sapukan sedikit air di hujungnya, supaya tak terbuka masa goreng nanti.
2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 15 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan) 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan putih 3 batang serai *semua bahan dikisar halus
Ads
BAHAN:
500gm isi ayam 3 biji kentang | dipotong dadu 2 helai daun kunyit | disimpul Sedikit santan
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan isi ayam, kentang, daun kunyit dan santan. Kacau dan biarkan hingga empuk. 3. Perasakan dengan gula, garam. Masukkan hirisan daun kunyit. Siap.
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je.
Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kalau ada yang nak menjaga kesihatan boleh buat sup tanpa tumis atau tanpa minyak tambahan.Buatnya sangat mudah, campak-campak saja bahannya. Kalau hidang untuk anak-anak pasti licin sepinggan.
Bagi penggemar manisan, resipi Agar-Agar Lumut Butterperkongsian saudara Fendy Ismail ni harus anda cuba. Sedap dan mudah disediakan. Kombinasi Puding Lumut dan Puding Butter, memang sepadan. Lapisan butter tu terasa seakan Puding Karamel. Nikmat dimakan sejuk-sejuk. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.
1.Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas dan kacau rata. 2. Tapis campuran tadi dan masukkan ke dalam periuk. 3. Masak guna api sederhana panas sambil dikacau. Masak hingga mendidih. 4. Jika nak hasil Agar-Agar yang penuh lumut tanpa mendapan air, biarkan campuran di dalam periuk terlebih dahulu. 5. Bila sudah kurang panasnya, barulah dimasukkan ke dalam acuan pilihan. 6. Ketepikan seketika dan boleh masak lapisan Puding Butter.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan Puding Butter dan kacau sebati. 2. Masak sampai mendidih mengguakan api kecil sahaja. 3. Bila sudah masak, padamkan api dan tuang campuran ke atas Puding Lumut yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi. 4. Biarkan agar-agar sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 5. Agar-Agar Lumut Butter sedia untuk dinikmati.