Tauhu berlauk ini sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili. Ada juga yang buat pencicah cili kicap seperti tauhu bergedel. Rasanya yang digabungkan dengan isi ayam, tauhu dan tauhu telur memang sedap.
Boleh dikatakan tauhu berlauk ini juga sebagai antara menu sihat disebabkan bahan-bahannya dan cara memasaknya iaitu mengukus. Sesuailah pada yang sering mengamalkan pengambilan makanan yang sihat ini.
Ikuti perkongsian resipi tauhu berlauk daripada Maslinda Catelleya Orchid ini. Kalau dilihat, memang menyelerakan dan gerenti tak cukup satu. Jom cuba buat.
Mantou sandwich telur inti melimpah ini boleh jadi sajian makan pagi yang bukan saja enak tapi mudah disediakan.
Jika sudah rasa bosan dengan hidangan roti biasa, boleh cuba pula cara ini. Penggunaan mantou rangup bersama inti telur berkrim menjadikannya hidangan permulaan hari yang sedap tak terkata. Memang takkan cukup satu!
Resipi Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah
Bahan-bahan
1 bungkus mantou
3 biji telur rebus
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Daun salad secukupnya
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng mantau hingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Kupas telur rebus, lenyekkan dengan sudu hingga hancur.
3. Masukkan mayonis, garam, gula dan lada sulah. Gaul rata hingga sebati.
4. Belah mantau goreng tadi dengan pisau bergerigi (jangan sampai putus bahagian bawah).
5. Selitkan daun salad di bahagian tengah.
6. Isikan inti telur hingga melimpah atas mantao. Susun atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.
TIP
Kalau nak rasa lebih kaya, boleh tambah hirisan timun atau tomato bersama salad.
Mantou ini boleh juga dikukus untuk versi lebih lembut dan sihat.
Sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau dijadikan bekal anak sekolah.
Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Fauziah Khary dan merupakan resipi dari Indonesia. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA BUAT KEROPOK NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk – rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang – ambil bahagian hijau sahaja. Hiris nipis
Garam secukup rasa
Stok ayam / kiub pati ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar hingga halus. Boleh juga tumbuk.
2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub pati ayam.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau perlahan-lahan hingga sebati dan jadi liat.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan lonjongkan seperti bentuk keropok lekor.
5. Didihkan air dan rebus. Biar hingga terapung.
6. Angkat dan toskan airnya. Kemudian hiris nipis dan jemur di bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering.
7. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas hingga kembang. Lebihan keropok tadi boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
400 gram daging cincang
3 biji bawang Holland (dibelah dua)
5 helai daun oregano (dicencang halus)
½ kg serbuk roti
2 biji telur
300 gram tepung gandum
1 sudu teh paprika
Serbuk perasa
Keju krim (untuk sos)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK : 1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa. 2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan. 3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella. 4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum. 5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti. 6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan. 7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
30 gram susu segar
25 gram cendawan butang (dihiris)
25 gram bawang merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
10 gram daun bawang
25 gram keju Cheddar (diparut)
25 gram keju Mozzarella (diparut)
10 gram mentega
Garam
Lada putih
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati. 2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau. 3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi. 4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak. 5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius. 6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
5-6 biji kentang russet | direbus empuk
2 biji bawang besar | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
2 helai daun bay
Sedikit herba rosemary dan thyme
2 sudu teh sos Lea & Perrins
Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
180ml susu segar
100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
2 sudu makan minyak zaitun
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK: 1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan. 2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan. 3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering. 4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan. 5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit. 6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang Waktu Memasak: 40 minit Jenis Hidangan: Inggeris Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang Jenis Penyediaan: Pai Cara Memasak: Tumis dan bakar Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA
BAHAN-BAHAN:
1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
650gm daging kisar
2 batang seleri | panggang dan dikisar
2 biji tomato | panggang dan dikisar
2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
3 biji bawang putih
1 tin kecil tomato puri
6-7 biji cendawan butang
500ml air
BAHAN HERBA:
2 sudu kecil oregano
2 sudu kecil paprika
2 helai daun bay
1 sudu kecik thyme
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
125ml susu cair (evaporated)
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 kiub stok daging
100gm mentega
2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
60gm tepung gandum
375ml susu cair segar
100gm mentega
7 keping kepingan keju cheddar
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan. 2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar. 3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan. 4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata. 5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan. 6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan. 7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas. 8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan. 9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna. 10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan. 11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef:Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap Jenis Penyediaan: Pasta Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar Anggaran kos: RM30-RM40
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.