Sedapnya Dumpling homemade perkongsian Mama Shida ni. Persis dumpling yang dijual di kedai. Rupanya menu ni boleh dihasilkan sendiri di rumah sebab sangat mudah. Bahan-bahan pun ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba ya. Sesuai untuk minum petang dan juga makan malam.
CARA-CARA BUAT DUMPLING HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit dumpling segera bentuk bulat – bei di pasaraya
BAHAN INTI:
1 keping dada ayam – kisar
1 cawan isi udang – kisar
Daun bawang secukupnya – hiris
Daun ketumbar secukupnya – hiris
Sedikit lobak merah – cincang halus
3 biji cendawan shiitake – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada sulah
2-3 sudu makan tepung ubi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
1. Campurkan ayam kisar, udang kisar, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah dan cendawan shiitake ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.
3. Jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan tepung ubi dan serbuk lada sulah. Adun sebati.
5. Ambil sekeping kulit dumpling, isi inti di tengah.
6. Sapu bancuhan tepung ubi di sekeliling dumpling dan lipat dua (seperti lipatan karipap). Tekan-tekan dan kemaskan.
7. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung dumpling supaya membentuk bulat seperti dalam gambar.
Ads
8. Kukus dumpling selama 10 minit. Angkat dan boleh dinikmati.
9. Jika suka, dumpling tadi setelah kukus, boleh goreng hingga garing. Nikmati bersama sos kegemaran.
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Kadang-kadang mulut mesti rasa nak mengunyah walaupun sudah lepas makan makanan berat. Buat makanan ringan sendiri yang gerenti bebas dari pengawet dan bersih. Boleh ubah mengikut selera kita jika suka lebih pedas atau banyakkan daun kari untuk rasa kari yang kuat.
KUIH GUNTING KARI
BAHAN-BAHAN
*4 biji bawang besar
*2 genggam udang kering
*3 sudu besar jintan kasar
*3 sudu besar jintan putih
1kg tepung gandum
4 sudu besar marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit, saya suka keras2 sikit)
1 sudu besar garam halus
2 genggam daun kari
2 genggam daun sup
2 sudu besar cili kering kisar
air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan hingga sebati. Masukkan bahan A, gaul rata.
2. Masukkan garam, daun sup, daun kari, cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.
3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis, saya suka tebal sedikit.
4. Masak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.
5. Sedia unttk digunting, ikut suka nak gunting macam mana.
6. Goreng dalam minyak yang panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan
7. Tapis & sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.