Kalau sebut tentang sup, memang ramai penggemarnya. Untuk rasa kelainan, boleh cuba buat Sup Ayam Thai. Aroma daun limau purut itulah yang membuatkan sup ayam ini lagi umph. Dapat pula hirup kuah panas-panas. Memang mengundang selera.

Nak menyediakan Sup Ayam Thai ini pun mudah sahaja. Bahan-bahan pun menggunakan yang sedia ada di dapur sahaja. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Tengku Syazwany ini. Kalau badan rasa tak sihat, minum sup ini pun akan buat tubuh berpeluh dan kembali segar. Cubalah.

SUP AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:

Ayam

Lemak ayam

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Halia

Bawang merah – Boleh beli online di sini

Bawang besar

Serai

Sup bunjut – Boleh beli online di sini

Kiub pati ayam

Lobak merah

IKLAN

2 sudu sos ikan – Boleh beli online di sini

Tomato

Daun limau purut

Garam

Cukup Rasa / Ajinomoto – Boleh beli online di sini

Perahan air limau nipis

Daun ketumbar

Buat Sup Ayam Thai, Sedapnya Hirup Kuah Panas-Panas

CARA MEMASAK:

IKLAN

Tumbukkan bawang putih dan halia.

Bawang merah dan bawang besar dimayang.

Tumiskan semua sekali bahan iaitu bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar dan serai berserta hirisan lemak ayam sehingga naik bau atau layu.

Buat Sup Ayam Thai, Sedapnya Hirup Kuah Panas-Panas

Kemudian, masukkan air. Apabila hampir menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan lobak merah. Biarkan seketika.

Buat Sup Ayam Thai, Sedapnya Hirup Kuah Panas-Panas

Setelah itu, masukkan pula sos ikan, tomato yang dibelah dan juga daun limau purut.

Letakkan garam dan Cukup Rasa atau Ajinomoto.

IKLAN

Apabila ayam telah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.

Buat Sup Ayam Thai, Sedapnya Hirup Kuah Panas-Panas

Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Tengku Syazwany

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Nak Merasa Pesamah Daging, Kini Tak Perlu Tunggu Kenduri Kahwin

Ini Cara Hasilkan Kuih Cara Manis, Harum Aroma Pandan

Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap, Kekal Kemanisannya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8k9zn6

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI