Untuk membuat karamel; Tuang gula dan air ke dalam bekas. Tunggu sampai dia ada buih-buih (macam dalam gambar). Kacau-kacau hingga jadi perang. Tapi jangan lambat tutup api. Takut pahit nanti.

Puding karamel, kisar je semua bahan. Siap! Bukan susah pon puding karamel ni. Kisar semua dalam blender, settle.

Puding ini memang sedap dan ramai yang menyukainya tak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Sesuai dijadikan pemanis mulut. Letak dalam peti sejuk, keluarkan bila nak makan. Memang sedap makan sejuk-sejuk.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna Zuraidi. Gerenti sedap.

Puding Karamel

Bahan-Bahan:

8 biji telur

 1 tin susu cair (jenama Saji atau jenama lain pun boleh) – boleh beli online di sini

Sedikit air

1 cawan gula (boleh adjust ikut tahap kemanisan masing-masing) – boleh beli online di sini

1 sudu kecik esen vanilla – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

Pecahkan terus telur dalam blender. Tambah susu cair ke dalam adunan.

IKLAN

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

Kemudian masukkan pula gula. Tapi ini piliham. Kalau tak suka manis sangat, boleh skip atau boleh kurangkan gula tau.

Tambah  esen vanilla.

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

Kemudian kisar semua bahan itu. Biar benar-benar sebati. Ketepikan.

Untuk membuat karamel; Tuang gula dan air ke dalam bekas.

IKLAN

Tunggu sampai dia ada buih-buih (macam dalam gambar). Kacau-kacau hingga jadi perang. Tapi jangan lambat tutup api. Takut pahit nanti.

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang gula karamel. Kemudian biarkan dalam periuk kukusan kita.

Kukus sekitar 45 minit. Nak tau masak elok ke tidak, cucuk cucuk ia dengan garfu.  Kalau tak tinggal kesan pada garfu masa angkat tu, maksudnya masak lah tu puding kita.

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!Sejukkan kejap baru la boleh terbalikkan. Tada..siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Air Mocktail Padu! Confirm Berebut Bila Dihidangkan.

Resipi Koktail Buah Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah Sedap Menyegarkan Tekak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI