Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Sup cendawan homemade ala Pizza Hut ini memang sedap. Rasa lemak berkrim. Dipadankan pula dengan roti bawang putih. Memang ngam habis!

Kalau nak puas makan, buat sendiri lagi puas hati. Lebih fresh sebab kita masak sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Husna Mohamed Daud ini ye. Katanya, resipi itu pula diambil daripada adiknya Nor Najihah Mohamed Daud.

Sup ini juga boleh disejuk bekukan bila buat banyak. Kalau rasa teringin nak makan, keluarkan dan panaskan. Selain itu, kalau nak jadikan sos spageti pun sedap tau. Cubalah.

Sup Cendawan Homemade ala Pizza Hut

Bahan bahan:

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Bahan Kuah:

Cendawan (yang dalam tin boleh)

3 sudu besar majerin (atau mentega) – boleh beli online di sini

2-3 biji bawang merah ( potong dadu) – boleh beli online di sini

1 sudu kecil lada hitam ( blend halus) – boleh beli online di sini

Setin susu segar atau susu sejat 

 1 cawan air 

2 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini

Stok ayam atau perisa maggi cukup rasa

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Oregano (kalau ada) – boleh beli online di sini

IKLAN

Bahan Roti:

Roti keping

Bawang putih (cincang halus) – boleh beli online di sini

Majerin atau mentega – boleh beli online di sini

Oregano kalau ada – boleh beli online di sini

Cara Memasak Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut:

Bahagikan cendawan kepada dua bahagian; untuk goreng garing ambik 3 biji, dan selebihnya untuk masuk dalam kuah.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Panaskan majerin, goreng cendawan 3 biji tadi yang dah dipotong dadu, sampai garing.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Angkat, tos dan ketepikan.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

IKLAN

Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah yang dah dipotong dadu, hingga garing.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Setelah itu masukkan lada hitam, gaul sebati.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Kemudian tambahkan cendawan yang dihiris dan Gaul sebentar.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

Kemudian tambah gandum dan gaul sebati. 

Masukkan susu dan air, kacau hingga naik wap. Tutup api dan kisar adunan tu hingga hancur elok. Like creamy gitu.

Sup Cendawan Homemade Ala Pizza Hut. Buat Sendiri Lagi puas Makan

IKLAN

Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan perasakan secukup rasa. Kalau pekat boleh tambah air, ikut kesesuaian selera masing-masing. 

Kalau nak cepat, buat step no 3 tadi hingga sedikit menggelegak, perasakan siap-siap dan kisar. Terus siap untuk dihidang

Untuk roti, cincang bawang putih, gaul bersama majerin atau mentega, kalau ada oregano atau parsli boleh letak juga. Oles pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven..

Sedia dinikmati. Konfem sedap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tengah Musim Buah Mangga, Sedap Buat Pulut Mangga Bersantan

Resipi Bubur 3 Beradik, Rasa Lemak Manis Pikat Selera Berbuka

Puding Karamel, Kisar Je Semua Bahan. Siap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI