Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih-lebih lagi kalau makan waktu minum petang.Lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Bagi anda yang nak cuba. Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA BUAT KUIH TEPUNG GOMAK PALING SEDAP
BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh
CARA ULI :
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras
BAHAN INTI:
IKLAN
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – disimpul
Tepung kacang hijau secukupnya – untuk salut kuih. Boleh beli di kedai bakeri.
CARA MASAK INTI:
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
3. Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak. Ketepikan.
IKLAN
CARA MEMASAK KUIH TEPUNG GOMAK:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
3. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul. Angkat doh dan toskan.
IKLAN
4. Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan-lahan supaya doh jadi leper.
5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.
Lobak merah sebenarnya ada banyak khasiat yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jangan ambil ringan dengan pengambilan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan yang baik sepanjang hayat. Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini membantu mata mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Khasiatnya juga mampu memerangi kanser. Bahkan berupaya meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.
Lobak merah turut dikatakan mampu meningkatkan ingatan kanak-kanak dan pertajamkan minda serta daya memori.Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Kandungan vitamin A dan antioksidan nya berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari, kulit berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah. Jadi sertakan lobak merah dalam menu harian anda.
.
LEMPENG LOBAK MERAH BAHAN-BAHAN:
1 3⁄4 cawan susu segar
2 biji telur
1⁄4 cawan mentega
4 batang lobak merah | kisar
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1sudu teh garam
4 sudu makan gula
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN SOS KASTARD:
1/2tin susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK: 1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar. 2. Kisarnya hingga sebati. 3. Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus. 4. Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk. 5. Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. 6. Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala. 7. Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng. 8. Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg. 9. Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake. 10. Lakukan hingga bancuhan habis. 11. Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga kuah pekat. Tutup api. 11. Hidangkan pancake dengan sos kastard.
.
BERGEDIL LOBAK MERAH BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
2 batang seleri | cincang halus
1/2 cawan bawang besar | cincang halus
1/4 cawan serbuk roti
2 biji telur | kacau
1/2 cawan parseli | cincang halus
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. 2. Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick. 4. Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan. 5. Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.
Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 biji telur gred A – pukul dulu 2 cawan santan 1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan Sedikit gula Sedikit garam Sedikit esen vanilla – jika suka Pewarna hijau
CARA MEMBUAT : 1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus. 2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak. 3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai. 4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang. 5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Wadai Kararaban korang pernah nampak dan dengar tak nama kuih ni. Kuih tradisi dari suku kaum Banjar. Kaya berempah dan lemak santan cukup merangsang selera.
Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam laman FBnya. Anak-anak muda rasanya ramai yang tak kenal kuih ni, hehehe. Mehlah belajar buat kuih ni adik-adik dan juga mak-mak juga, khazanah negara ini. Rugi kalau tak dipopularkan.
.
Kuih dari tepung beras ini unik dengan penggunaan rempah ratus kulit kayu manis dan jintan manis.
WADAI KARARABAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan santan pekat
Bahan B :
100g gula melaka dicairkan
secubit garam
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Bahan C :
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Sangaikan jintan manis dan kisar halus , tapis dan ketepikan . 2. Satukan pula serbuk kayu manis , santan dan juga jintan manis tadi di dalam periuk . masak seketika menggunakan api kecil . 3. Tutupkan api dan ketepikan . 4. Satukan pula ke semua Bahan B kecuali daun pandan , kacau sebati . 5. Masukkan separuh adunan Bahan B ke dalam Bahan C . aduk rata . 6. Tambahkan daun pandan ke dalam baki Bahan B tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih . 7. Pastikan adunan sentiasa dikacau . 8. Kemudian satukan Bahan B bersama Bahan A dan Bahan C . kacau sebati . 9. Panaskan kukusan . 10.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak ( sy guna acuan muffin ) . 11.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak . 12.Sejukkan sebelum dipotong .