Bebola keledek keju. Rangup di luar, cair di dalam. Tambahan pula, mudah, sedap dan gerenti anak-anak suka.
Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Campuran antara manis keledek dan rasa lemak masin keju. Bila gigit, aduh terus keluar kejunya. Bebola ini pasti jadi kegemaran seisi keluarga.
Ini satu lagi resipi yang best untuk dicuba, dikongsikan oleh Dapur Shai Anne. Sangat mudah dibuat dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat.
Sesuai untuk disajikan saat minum petang, kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam atau nak buat untuk sarapan pun boleh, Masak untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai.
Mula-mula, rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat.
Setelah itu, masukkan tepung pulut, tepung bekas, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.
Setelah itu, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di dalamnya.
Setelah itu, tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.
Kemudian celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbebuk roti hingga merata.
Ads
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola keju itu hingga masak dan berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Armada PJ ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Pernah cuba Sup Dumpling Ayam? Sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang sukakan rasa sup yang ringan dan pada masa yang sama senang dimasak dan mengenyangkan, resipi perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit ini tentunya yang paling sesuai. Jika ada ahli keluarga yang tidak sihat, sesuai sangat nikmati menu ni. Boleh dinikmati pada bila-bila mengikut selera anda. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti puas hati.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.