Bengkang roti Gardenia hampir tamat tempoh. Baik buat kuih bengkang. Roti antara makanan yang sering kali dibeli untuk bekalan di rumah. Kalau tak tahu nak makan apa, sapu planta/kaya dah boleh makan.
Roti juga boleh menjadi pelbagai masakan. Tapi, kadangkala roti tak habis juga dimakan sedangkan dah hampir tamat tempoh. Mulakan terfikir-fikir apa nak buat.
Ha..boleh cuba buat bengkang roti ni. Tak susah mana pun. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye (resipi asal daripada ahli MAHN). Sedap. Rasa lemak manis.
Sesuai dinikmati sewaktu sarapan, minum petang atau dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
180gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200ml susu segar
1 sudu teh ovalette
Pewarna makanan merah, kuning dan hijau
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
Tambahkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu segar. Kaup balikkan sehingga semua bahan sekata.
Ambil 5 sudu makan adunan dan bahagikan adunan selebihnya kepada tiga bahagian. Warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau.
Paipkan adunan merah sehingga memenuhi 3/4 acuan cawan kertas. Paipkan juga sedikit adunan berwarna putih di tengahnya.
Akhir sekali, paipkan adunan hijau hingga penuh acuan. Lorekkan dengan pewarna hijau di permukaannya. Ulang langkah yang sama untuk adunan berwarna kuning.
Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 15 minit.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Tambahkan bijan hitam bagi mendapatkan rupa seakan biji tembikai
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hanya di Batang Kali, gerai ini menjual makanan bergoreng seperti pisang goren cheese dan cempedak goreng. Kali ini Nur Emyza mempertaruhkan Durian Goreng Cheese sebagai menu utama jualannya setiap tahun ketika musim raja buah itu.
Menurut Nur Emyza Samsudin, 25, berkata menu jualannya itu mempunyai keenakannya tersendiri.
Nur Emyza berkata, kebiasaan gerainya di kawasan lot kedai pemaju JRD Development, Batang Kali hanya menjual pisang dan cempedak goreng berkeju namun menu baharu itu berjaya menarik pelanggan yang gemarkan durian.
Menurutnya, Durian Goreng Cheese yang di jual pada musim durian sahaja sejak 2016 dengan harga RM8 untuk lima ulas menggunakan durian kampung dan dibuka dari 4.30 petang hingga 7 malam setiap hari.
Setiap ulas durian akan digoreng terlebih dahulu sebelum di salur keju bagi menarik kan bau dan rasa durian agar lebih enak.
Idea ini sebenarnya untuk menarik pelanggan kerana memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif.
Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, katanya.
Nur Emyza berkata, dia juga penggemar durian dan tidak akan ketinggalan menikmati buah tersebut yang kini boleh diperoleh dengan mudah. Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran, mereka boleh dihubungi di 018 954 4757 atau semak di Facebook: Pisang Cheese Batang Kali.
Sumber: Sinar Harian
RESIPI DURIAN GORENG
BAHAN-BAHAN:
Isi durian secukupnya – tak perlu buang biji
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung @ beras
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 cawan air – kurang lebih
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin < hasue tambah
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, marjerin dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.
*Hiaskan dengan hirisan cheese dan coklat rice jika suka.
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!