Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
Ads
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Fucuk soya homemade ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi.
Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Assnya hanya memerlukan air kacang soya dan masak dengan api perlahan hingga memebentuk lapisan fucuk. Sangat murah kosnya. Namun sedikit mengambil masa.
Menerusi FB Norlela Abdul Lahak, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1.Bersihkan kacang soya dan rendam selama 6 jam.
2.Masukkan kacang soya ke dalam blender. Tuang air sama paras dengan kacang. Kisar halus.
3.Tuang kisaran ke dalam kain kasa atau penapis serbuk teh (penapis kain). Perah untuk ambil airnya. Kisaraan kacang soya boleh diulang 2 kali untuk ambil airnya. Kemudianb uang hampas.
4. Masukkan air soya ke dalam kuali atau periuk besar. Masak air soya guna api perlahan sahaja. Tunggu hingga lapisan atas air soya membentuk lapisan yang berkedut.
5.Ambil chopstick dan angkat lapisan fucuk tadi.
6.Bila sudah diangkat, salai atau jemur fucuk tadi untuk mengeringkannnya. Lebih elok jika jemur di tengah panas.
Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea di sini? Kalau tengok dalam drama Korea, wah, bukan sedap lagi tengok mereka makan kan.
Tapi, nak buat Ayam Goreng Pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Menerusi perkongsian saudara Mohamad Arymin, ada teknik rahsia untuk kekalkan tekstur crispy ayam tersebut. Teknik ini dipanggil double frying, orang Korea selalu buat.
Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.
1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit pun dah okay.
2. Bedak-bedakkan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
5. Sediakan bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut tahap kepedasan korang.
6. Kisar bawang putih dalam chopper. Sekejap dah beres.
7. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.
8. Lepastu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili dan sos cili & cendawan. Kacau rata.
9. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya. Siap dan sedia untuk dihidang.
Tempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas. 4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).
6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).
9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa.
INFO DARI CHEF SUE:
1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic. 2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online. 3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir). 4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna. 5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/ https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/ https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/
Ketahui 5 bahan dapur yang paling berkesan menghilangkan bau hanyir ikan air tawar seperti patin, keli, tilapia dan haruan, lengkap dengan tip tambahan yang mudah dipraktikkan.