Bila nak memilih untuk masak lauk buat keluarga, menu ayam antara yang senang dan cepat disediakan.
Walaupun dengan masakan yang ringkas, anak-anak pasti suka dengan lauk ayam yang dimasak dengan penuh kasih sayang.
RASA kongsikan lima resipi ayam yang mudah, sedap dan cepat disediakan untuk hidangan sekeluarga.
AYAM KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil & bersihkan 1 sudu makan kicap pekat – beli online di sini 2 sudu makan kicap manis – beli online di sini 1 sudu makan sos tiram – beli online di sini 1 sudu makan pes asam Jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis
Dapatkan Zahraa Alora Tunic Shirt Set 2.0dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak. 4. Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis. 5. Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. 5. Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.
Ads
GULAI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil 1 biji tomato | potong empat 10 biji cili padi merah & hijau | buang tangkai – beli online di sini 3 batang serai | titik 1 kiub pati ayam – beli online di sini 1 keping asam gelugur 1 sudu makan air asam jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering | potong & rebus, kemudian tos – beli online di sini 5-6 biji cili padi – beli online di sini 3 inci kunyit hidup – beli online di sini 2 inci lengkuas 2 batang serai 4 helai daun limau purut | buang urat tengahnya 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Sedikit belacan | jika suka
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 2. Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam. Setelah ayam kecut masukkan air, asam keping, asam jawa dan sedikit air. 3. Biarkan mereneh hingga ayam empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 4. Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau. Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api. Sedia dihidangkan.
INFO: Jika anda menggunakan ayam kampung ia lebih sedap. Atau jika ingin menggunakan daging juga boleh. Terpulang pada cita rasa.
OPOR AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih & toskan 3 helai daun salam 2 batang serai | titik 2cm lengkuas 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula pasir – beli online di sini 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1250ml air 200ml santan pekat/kotak – beli online di sini 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
9 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 7 biji buah keras 2cm halia 3cm kunyit hidup | bakar 1cm kencur 2 helai daun limau purut ½ sudu teh lada hitam biji
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut. 2. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk. 3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk. 4. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa. Sedia dihidangkan.
AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14 3 sudu makan rempah kurma – beli online di sini 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai 1 liter santan segar Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis) 1 biji tomato | belah empat 2 biji kentang | belah empat – beli online di sini 2 biji cili merah | belah dua – beli online di sini 1 biji air perahan limau nipis 1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris 4 ulas bawang putih | hiris 3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi. Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu. 2. Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan kentang. 3. Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan. Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup. 4. Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili. Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.
AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos 1 batang serai | titik 1 helai daun pandan | simpul 2 sudu makan sos ikan Garam secukup rasa 1 kiub perasa ayam secukup rasa Sedikit belacan | jika suka Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
Ads
5 tangkai cili hijau 10 biji cili padi 3 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak. Keluarkan minyak goreng ayam, tinggal anggaran dua senduk. 3. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga naik bau. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau rata. 4. Tambahkan petai, belacan (jika suka) perasa ayam dan sos ikan. 5. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kecilkan api dan gaul rata. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Jika cuba gerenti anda tidak menyesal. Jom kita mulakan sekarang.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup | racik
1 batang daun leek | potong kasar
½ biji lobak merah | potong kasar
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
500gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan| racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam| potong kecil
2 biji limau nipis | ambil air
10 batang pucuk daun kemangi | racik
2 ulas cili merah | racik
1 biji tomato | potong dadu
4 batang daun salam | hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah | saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai | dititik
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti serta nutrisi dalam masakan, pastinya lebih gemar menyediakan sendiri rencah-rencah masakan untuk hidangan keluarga. Dengan menghasilkan sendiri sendiri pes tomyam, pes sup dan pes nasi ayam, ia bukan sahaja menjadikan masakan lebih sedap malah kerja-kerja memasak juga menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, dengan menghasilkan bahan-bahan ini secara homemade, secara tidak langsung ia juga menjimatkan belanja dapur.
Sebagai contoh, Nutella, jika dibeli harganya boleh tahan mahal. Berbanding anda hasilkan sendiri di rumah, jumlahnya anda dapat jauh lebih banyak dari yang dibeli. Memang berbaloi! Jom lihat aneka bahan masakan yang anda boleh hasilkan sendiri. Mudah, jimat dan lebih bersih. Selamat mencuba!
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Bakar 1 cawan hazelnuts dalam ketuhar pada suhu 176C selama 12 minit.
Setelah hazelnut selesai dibakar, buang kulitnya dan masukkan ke dalam ‘food processor’. Kisar sampai nampak ada minyak keluar. ( Anggaran kisaran adalah selama 10 minit.)
Masukkan milk choc jenama beryls (x perlu cairkan), minyak jagung, gula, serbuk koko, esen vanila dan garam bukit. Kisar sampai sebati dan sekata.
Siap dan sudah boleh dinikmati. Simpan di dalam bekas bertutup dan mampu bertahan selama sebulan.
Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.
Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARA-CARA:
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).
Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Bingka Roti Pandan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang gemarkan manisan ini, resipi perkongsian saudari Zura Zul ini tentunya anda perlu cuba. Puas hati bila dapat menikmatinya. Nak lebih kelainan? Nikmatinya bersama aiskrim. Lebih mantap! Anak-anak pun pasti suka. Selamat mencuba!
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi – beli online disini 1 cawan santan pekat – beli online disini 2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air & tapis) 2 sudu makan mentega /marjerin – beli online disini 12 – 14 keping roti – potong kecil 3 biji telur Sedikit garam Pewarna hijau – beli online disini
Dapatkan COOPER DIAMOND BAKEWARE SETdengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar. 2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit. 3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit. 4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang. 5. Bakar Bingka Roti Pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak. 6. Bila sudah masak, sejukkan Bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.