Resipi Ibu Sambal Kicap perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni memang pelbagai guna dan sedap. Hanya satu resipi ni, anda boleh menikmatinya dengan pelbagai hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, Pisang Goreng dan bermacam-macam lagi. Malah Sambal Kicap ni juga tahan lama. Sekali buat, boleh tahan berbulan-bulan. Best kan? Jom cuba. Pasti puas hati.
RESIPI IBU SAMBAL KICAP ALA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
Sedikit gula
Secubit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat. ( Cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng.)
2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar.
3. Masukkan kicap. Kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.
7. Ibu Sambal Kicap ni sesuai dinikmati bersama pelbagai sajian makanan seperti Soto, Bihun Sup, Bergedil Tauhu dan lain-lain lagi.
CARA SIMPAN IBU SAMBAL KICAP SUPAYA TAHAN LAMA
Ads
1. Masukkan sambal kicap ke dalam bekas yang bertutup.
2. Guna sudu kering setiap kali mengambil sambal dari dalam bekas.
3. Sambal Kicap akan memekat bila disimpam lama dalam peti sejuk. Jadi boleh tambah air masak dan kacau sebati. Jika perlu, perasakan ikut cita rasa anda.
Istimewa buat anda yang suka beli barang secara online, RASA nak kongsi voucer FREE SHIPPING yang boleh guna hingga 30/6/2020. Boleh beli macam-macam. Tak payah susah payah ke kedai. Memang berbaloi!
Sos black pepper sering digunakan untuk hidangan makanan barat seperti chicken chop, beef steak dan lain-lain lagi. Kalau nak sedap, cuba buat sos black pepper sendiri. Tentu anda lebih puas hati bila makan hasil air tangan sendiri. Tak susah pun sebenarnya nak masak sos ni, cukup mudah dan confirm menjadi jika anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Afy AL Habibi. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
Penggemar sambal tapi alah dengan belacan, memang patut cuba resipi Sambal Gesek Goreng perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan pelbagai cara termasuk nasi goreng. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL GESEK GORENG YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN A:
2-3 biji bawang besar – dipotong empat
5 ulas bawang putih – beli online disini
5 biji lada merah (lada besar) potong dua
10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
BAHAN-BAHAN B:
3 sudu besar ikan bilis – digoreng garing – beli online disini
2 sudu besar ikan bilis – dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
Garam,gula & secukup rasa
Sedikit perahan air limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng bahan-bahan A hingga layu dan hampir keperangan.
2.Dalam pengisar, masukkan bahan yang digoreng tadi, bilis goreng, gula, serbuk perasa dan juga sedikit garam. Garam jangan banyak sebab bilis dah masin.
3.Kisar bahan tadi mengikut tahap lumat yang disukai.
4.Tuang bahan telah siap dikisar dalam bekas.
5.Masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati.
Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.
Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.
Jom kita lihat resipinya.
IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.
Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...