Resipi berasaskan ayam memang menjadi kegemaran buat sesiapa jua. Cuma kaedah perapan dan bahan yang digunakan berbeza memberikan rasa dan aroma yang berbeza. Mudah dan ringkas untuk santapan seisi keluarga juga buat tetamu yang bakal berkunjung ke rumah nanti.
AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bahan-bahan:
Seekor ayam (1kg+)
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr / maggi
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Bahan perap:
2 sudu madu (pilihan)
3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara membuat:
1. Mula-mula, bersihkan ayam. Boleh potong empat, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.
2. Kisarkan semua bahan.
3. Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas.
Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam dua jam dalam peti ais di bahagian chill.
4. Terdapat dua cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.
A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil keranggupan dan rasa panggang yang sedap.
B) Ketuhar / ‘Oven’
Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.
5. Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.
AYAM BAKAR CILI PADI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Garam dan gula@ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Bahan kisar
Ads
1 batang serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (boleh guna belacan sebagai pilihan)
Sedikit minyak (minyak zaitun)
(semua bahan ini kisar atau tumbuk)
Cara membuat:
1. Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula@ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap satu jam atau semalaman dalam peti sejuk.
2. Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau satu jam. Bergantung pada oven masing-masing. Pastikan jangan kering sangat. Biar isi ayam itu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib.
AYAM BAKAR ALA SATE
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong-potong
Bahan kisar:
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 – 15 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir (resepi ini memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam itu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab sudah bercampur dengan rasa pedas dan rempah-rempah didalamnya seakan-akan rasa sate.
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
5 sudu makan madu
Cara menyediakan dan memasak:
1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
2. Tuang madu dan sebatikan lagi. Perap dahulu sebelum dibakar. ( perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best )
3. Panaskan oven dan bakar ayam selama satu jam dengan suhu 180c. Guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu.
Ayam Panggang Blackpepper
Oleh: Azie KitchenBahan bahan:
1/2 ekor ayam – potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu makan sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun – renjis
Cara membuat:
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.
2. Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Bakar lama dalam satu jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.
Nota:
Boleh juga dimasukkan ubi kentang, lobak merah dan dibakar sekali.
AYAM BAKAR ALA NANDOS
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)
Bahan kisar:
6 biji cili padi (kurangkan sekiranya tidak suka pedas)
1 biji capsicum merah
1 biji lemon (diperah jusnya)
2 sudu makan paprika
2 sudu kecil garam
1 sudu makan oregano
1/2 sudu kecil serbuk cili
Ads
1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
5 ulas bawang putih
4 sudu makan cuka
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil pewarna merah
Cara membuat:
1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmati ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan dua sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sedikit daun ketumbar dan sedikit daun parsli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan satu hingga empat jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.
4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.
5. Panaskan oven ke 170ºC
6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.
7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.
8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang lima minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, tetapkan suhu ke 200ºC dan bakar lima minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak terlalu hitam.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan-bahan:
Ads
1/2 ekor ayam
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan basuh. Toskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama dua jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.
Tip:
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180’C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].
Kredit resipi: Makan D’Utaqa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sajian India atau Indian food semestinya sedap dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Selain dari kari, terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah-rempah terpilih. Istimewa buat anda, RASA kongsikan 10 resipi sajian India yang mudah dan sedap air tangan Puan Maria yang popular di page Cookings By Maria. Pendek kata, kalau cuba masak sendiri di rumah, pasti menjadi. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
Perap ayam bersama bahan-bahan perap. Gaul rata dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis jintan manis, bunga lawang, cili kering, daun kari, hirisan bawang besar dan bawang merah hingga wangi serta sedikit kekuningan.
Seterusnya masukkan ayam. Gaul rata dan tambahkan serbuk garam masala. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
Tambahkan 1/2 cawan air panas. Biarkan ayam masak sepenuhnya. Tambah jumlah air jika perlu masak ayam lebih lama.
Rasa kuah dan tambah garam dengan secukupnya. Teruskan memasak ayam hingga rempah hampir kering.
Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika menggunakan ayam kampung, ayam boleh dimasak terlebih dahulu ( anggaran 10 minit) sebelum dimasukkan ke dalam rempah supaya cepat empuk.
2. MUGHLAI CHICKEN
BAHAN PERAP:
500gm ayam | potong kecil
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
2 sudu teh garam
1 sudu teh garam masala
1/2 biji jus limau nipis
BAHAN-BAHAN:
3-4 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi | boleh gantikan dengan lebihan minyak dan mentega
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun bay
2 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh serbuk garam masala
15 biji badam | kisar jadi pes
1/4 cawan yogurt
3-4 sudu makan krim putar (whipping cream)
Garam secukup rasa
1-2 cawan air
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bawang putih kisar, halia kisar, garam, garam masala dan jus limau nipis. Biarkan selama 30 minit. 2. Cairkan mentega bersama minyak masak. Goreng ayam tadi hingga masak dan kekuningan. Ketepikan. 3. Dalam kuali berlainan, panaskan minyak sapi. Jika tiada, boleh juga guna lebihan mentega untuk menggoreng ayam tadi. 4. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan daun bay hingga wangi. 5. Kemudian masukkan kisaran bawang dan bawang putih. Tumis hingga wangi. 6. Tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar serta serbuk jintan putih. Masak selama 2-3 minit. 7. Tambahkan pes badam. Kacau dan setelah mendidih, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih sekali lagi. 8. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau dan bila kuah semakin pekat, masukkan krim putar dan yogurt. Biarkan mendidih selama 1-2 minit. 9. Perasakan dengan garam dengan secukupnya, garam masala dan juga daun ketumbar. 10. Tutup kuali dan biarkan mereneh seketika. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk menyediakan pes badam, rendam badam dalam air panas selama 10 minit. Buang kulit dan kisar bersama sedikit air hingga menjadi pes pekat.
3. MUTTON KEEMA
BAHAN PERAP:
500gm daging kambing | hiris nipis atau kisar
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu makan garam
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan minyak masak
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
3 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih & 2cm halia | tumbuk halus
1 biji cili hijau / cili padi
1 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk ketumbar
3 biji ubi kentang saiz sederhana | potong kiub kecil
3 biji tomato | potong dadu kecil
1 cawan kacang pis
¼ cawan santan pekat @ susu cair
6-8 biji kacang gajus | kisar dan jadikan pes
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 10 minit. 2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bawang, cili hijau serta bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau. 4. Masukkan daging kambing yang diperap tadi. Gaul seketika dan tutup periuk. Biarkan daging masak dan empuk. 5. Seterusnya masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, ubi kentang dan daun kari. Masukkan juga separuh dari tomato. 6. Gaul semua bahan hingga sekata. Tambahkan juga garam secukupnya serta 1 cawan air panas. Tutup periuk dan biarkan sehingga ubi kentang hampir lembut. 7. Tambahkan kacang pis, santan, pes kacang gajus dan lebihan tomato tadi. Biarkan mendidih sehingga semua bahan empuk dan masak sekata. 8. Bila kuah kelihatan agak pekat, padamkan api dan hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dinikmati.
4. CHETTINAD GHEE CHICKEN
BAHAN PERAP:
1/2 ekor ayam | anggaran 600gm-700gm
4 sudu makan yogurt
1/2 biji jus limau nipis
1/2 sudu makan garam
3 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak sapi
6 tangkai cili kering
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan jintan manis
1/4 sudu makan halba
1/4 sudu makan jintan putih
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak sapi
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 sudu makan serbuk cili
2-3 sudu teh vellam (gula perang)
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan perapan dan biarkan selama 2 jam atau simpan semalaman dalam peti sejuk. Lebih lama ayam diperap, lebih enak rasanya.
Panaskan 1 sudu makan minyak sapi menggunakan api kecil. Goreng cili kering seketika. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng biji ketumbar, lada hitam, halba, bunga cengkih, jintan manis dan jintan putih hingga wangi anggaran 1 minit. Angkat dan ketepikan.
Satukan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan-bahan yang digoreng tadi. Tambah sedikit air dan kisar halus sehingga menjadi pes pekat.
Panaskan 3 sudu makan minyak sapi menggunakan api sederhana. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan 1 tangkai daun kari hingga wangi.
Masukkan ayam perap yang telah dibuang lebihan air perapannya. Tutup periuk dan biarkan ayam masak selama 12-15 minit.
Bila ayam kelihatan kecut, masukkan pes yang dikisar tadi dan juga ½ sudu makan serbuk cili. Gaul rata dan tambahkan garam secukupnya.
Bila kuah kelihatan makin pekat, masukkan lebihan daun kari dan gula perang. Gaul rata.
Setelah kuah kelihatan pekat, tabut hirisan daun ketumbar dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Vellam atau gula perang adalah bahan penting dalam penyediaan hidangan ini.
5. TANNISAR SAYUR MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan dhal yang telah direbus
3-4 cawan sayur manis
3-4 sudu makan minyak masak
2 sudu teh kaadugutalipu
8 ulas bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
Secubit serbuk asafoetida | serbuk dari getah kering yang didapati dari akar pokok herba Ferula
3 tangkai cili kering / cili merah
3 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 tangkai daun kari
1 sudu teh air asam jawa
1/4 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
2-3 cawan air atau secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis halba campur bersama cili kering, daun kari dan serbuk asafoetida hingga wangi.
Masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 1-2 minit.
Kemudian masukkan sayur manis. Kacau hingga sebati dan masak anggaran 3-4 minit.
Bila sayur kelihatan lembut, masukkan kacang dhal dan air. Biarkan mendidih.
Tambahkan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan putih dan asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan santan. Biarkan sayur masak lagi selama 5-6 minit. Selaraskan kepekatan Tanissar ikut citarasa masing-masing.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kaadugutalipu adalah campuran rempah-rempah kering seperti biji sawi, jintan manis, jintan putih, halba dan urad dhal. Ia juga dikenali sebagai halba campur.
6. KERALA STYLE CHICKEN
BAHAN PERAPAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 biji tomato saiz sederhana | kisar tanpa air
3cm halia | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
BAHAN MASALA KISAR:
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan cuka
BAHAN TUMIS:
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar | hiris
1 biji hijau | hiris
3 tangkai cili kering
2 sudu makan kelapa parut
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan dan bahan masala kisar selama 30 minit. 2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masak guna api sederhana selama 15 minit hingga air ayam keluar dan menjadi kecut. Ketepikan. 3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-3 sudu makan minyak masak dan tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan hirisan bawang hingga layu. 4. Masukkan cili kering dan cili hijau. Kacau lagi guna api perlahan hingga naik bau. 5. Tambahkan kelapa parut. Masak selama 1 minit. 6. Seterusnya masukkan ayam yang telah dimasak tadi bersama ½ cawan air panas. 7. Kacau dan biarkan ayam dan bahan-bahan tadi merenih bersama anggaran 5-8 minit. Perasakan dengan garam secukupnya. 8. Bila kuah kelihatan hampir kering, masukkan sedikit daun kari dan kacau hingga sebati. 9. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak menggunakan api sederhana bagi mengelakkan rempah hangus.
7. MARAVALLI KILANGU PURIYAL (MASAK UBI KAYU)
BAHAN-BAHAN:
800gm ubi kayu
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh biji sawi
3 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar | hiris halus
2 ulas bawang putih | hiris halus
2cm halia | hiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ubi kayu dan potong menjadi saiz kecil.
Masukkan ke dalam periuk bersama air dan 2-3 sudu teh garam. Rebus hingga ubi kayu hampir empuk. Toskan airnya.
Hancurkan ubi kayu yang direbus tadi menggunakan garpu.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan biji sawi. Tumis seketika.
Masukkan cili kering, daun kari, hirisan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 5 minit atau sehingga bawang layu.
Kemudian masukkan ubi kayu yang telah dilenyek tadi. Tambahkan serbuk kunyit, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata anggaran 6-8 minit.
Jika ubi kayu kelihatan keras, masukkan ½ cawan air dan masak sehingga lembut.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Guna ubi kayu yang tidak terlalu tua untuk hasil yang lebih enak.
8. VEGETARIAN KURMA
BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu makan minyak sapi
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1 biji cili hijau
6 sudu makan serbuk kurma
3/4 sudu makan serbuk kari daging
4 biji ubi kentang | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris
1 tin cendawan butang | hiris
1 biji tomato | potong enam
1 tin kacang pis
600-700ml air
1/4 cawan santan pekat
10 biji kacang gajus | rendam air panas 10 minit dan kisar jadi pes
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun pudina cincang
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging. Bancuhkan dengan ½ cawan air dan jadikan pes.
Panaskan minyak sapi guna api sederhana. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.
Tambahkan kisaran bawang, bawang putih dan halia. Tumis selama 1 minit.
Masukkan daun kari dan cili hijau. Tumis lagi guna api sederhana selama 1-2 minit.
Tambahkan pes campuran serbuk kurma tadi. Kacau sebati dan boleh tambah sedikit air jika perlu. Masak seketika.
Seterusnya masukkan cendawan, ubi kentang, lobak merah, kacang pis dan separuh dari tomato.
Tambahkan sedikit garam dan kacau hingga semua sayur bergaul dengan rempah.
Masukkan air dan teruskan masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.
Masukkan baki buah tomato, daun pudina dan juga sedikit daun ketumbar yang telah dicincang.
Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Penambahan serbuk kari daging menjadikan kuah kurma jadi lebih sedap.
9. MUSHROOM GREEN PEAS BUTTER MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega
1/2 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan manis
1 tin cendawan butang | hiris
1 tin kecil kacang pis
2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes
1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk garam masala
Garam secukup rasa
2-3 cawan air
1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santan
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan minyak sapi. Tumis buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
Masukkan bawang cincang dan tumis lagi hingga beberapa minit. Tambahkan juga halia dan bawang putih kisar. Masak hingga bawang keperangan.
Tambahkan tomato kisar. Masak lagi hingga hampir kering.
Seterusnya masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk garam masala. Kacau sebati dan masak menggunakan api kecil.
Tambahkan kisaran kacang gajus. Kacau lagi sekali.
Masukkan hirisan cendawan. Kacau dan biarkan seketika sebelum dimasukkan kacang pis.
Masukkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Akhir sekali, masukkan krim dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan biarkan mereneh selama 5 minit.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sajian vegetarian yang sangat sesuai dinikmati bersama nasi, capati atau roti nan.
10. UDANG MASAK DAUN KARI DAN KERISIK KELAPA
BAHAN PERAPAN:
500gm udang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan mentega atau marjerin
6 biji cili padi | hiris halus
1 biji cili merah | cincang halus
2cm halia | hiris
4 tangkai daun kari
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
1/3 cawan susu cair
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit.
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Elakkan goreng udang terlalu lama bagi mengelakkan isinya liat dan kering.
Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan tumis halia, hirisan cili dan daun kari hingga wangi.
Kemudian masukkan kelapa kering. Gaul dan masak guna api sederhan hingga naik bau.
Tambahkan udang yang digoreng tadi bersama serbuk lada sulah. Gaul hingga sebati dan tambahkan garam secukup rasa.
Seterusnya masukkan susu cair. Gaul udang supaya bersalut sepenuhnya dan tambahkan gula. Gaul lagi hingga rata.
Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea. Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah. Puas makan. Nak buat pun senang je.
AYAM KOREA CRISPY
Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Jika cuba gerenti anda tidak menyesal. Jom kita mulakan sekarang.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup | racik
1 batang daun leek | potong kasar
½ biji lobak merah | potong kasar
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
500gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan| racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam| potong kecil
2 biji limau nipis | ambil air
10 batang pucuk daun kemangi | racik
2 ulas cili merah | racik
1 biji tomato | potong dadu
4 batang daun salam | hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah | saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai | dititik
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.