Apam Milo ni memang sangat mudah dibuat. Hanya menggunakan 4 bahan mudah, hidangan minum petang yang dicuba oleh saudari Eyza Cik Bunga ini semestinya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT APAM MILO YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan milo
1 cawan tepung gandum
6 sudu makan gula – boleh ubah ikut kemanisan masing-masing
3 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula hingga berbuh/putih/kembang. Boleh kisar guna blender sahaja.
2. Masukkan tepung gandum. Kisar lagi hingga sebati.
3. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu diniarkan pada warna asal ( boleh juga letak pewarna kegemaran) dan satu bahagian lagi dicampur dengan milo. Adun sebati.
IKLAN
4. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Boleh juga corakkan ikut kreativiti masing-masing. ( boleh juga guna acuan kecil. waktu masaknya mungkin lebih pendek)
5. Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Kemudian letak loyang apam dan kukus selama 20 minit.
Bila kreatif buat apa je mesti menjadi, contohnya bila sebut biskut florentine, terbayangkan macam-macam kandungannya adalah kekacang dan bijian. Apa kata ubah isiannya dengan cornflakes, rasanya sedap dan rangup. Ternyata idea bernas ni, boleh tambah koleksi biskut raya.
FLORENTINE CORNFLAKES BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung Florentine 4 cawan cornflakes baby (saiz kecil) 1 cawan badan nip (secukupnya, ikut suka)
CARA MEMBUAT:
Gaulkan tepung florentine dengan cornflakes serta nib badam, kemudian masukkan dalam papercup.
Bakar lebih kurang 20 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan dengan suhu 170-180C, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Sebenarnya banyak kelebihan ubi kayu. Pelbagai kuih muih enak boleh dibuat dengan menggunakan ubi kayu ni. Zaman atuk nenek kita dahulu, ubi kayu menjadi makanan utama. Bagi mengimbau zaman tersebut jomlah kita buat kuih muih menggunakan ubi kayu. Kuih orang lama memang tak luput dek zaman. Memang sedap. Makan satu pun dah mengenyangkan.
PULUT UBI KAYU BERINTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut (direndam 4-5 jam) – Boleh beli online di sini
Ubi kayu parut
Nyior (kelapa)
Santan – Boleh beli online di sini
Daun pandan
Gula nisan – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ubi kayu parut, pulut, daun pandan dan santan. Letakkan juga secubit garam.
2.Kukus dalam anggaran masa 15 minit.
3.Sementara itu, buatkan intinya.
4.Gaulkan sebati sehingga kering airnya.
5.Pulut yang telah dimasak tadi, letakkan di dalam daun pisang yang telah dilap bersih.
6.Setelah itu, nak kukus semula. Tak nak kukus pun boleh sebab kuih itu dah sedia dimasak.
Kredit: Puan Sue Zakaria
KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND
BAHAN BOKO UBI (LAPISAN BAWAH):
3 cawan ubi
Pati ubi yang mendap
3 cawan air
1 cawan gula merah – beli online disini
1/2 cawan gula pasir atau ikut manis yang disukai – beli online disini
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu, perah kemudian baru disukat sebanyak 3 cawan. Ambil sekali pati yang mendap dari perahan tadi. Airnya dibuang.
2.Satukan gula merah, gula pasir, air dan pandan. Masak sehingga larut,
4.Setelah sejuk, tuang ke atas parutan ubi. Masukkan juga pati ubi kemudian gaul semua bahan hingga rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil, kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu.
BAHAN LAPISAN ATAS:
1/2 cawan tepung beras – beli online disini
4 cawan santan – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
2.Masak guna api sederhana hingga adunan pekat dan meletup-letup.
3.Adunan haruslah sentiasa dikacau untuk mengelakkannya berketul.
4.Tuang adunan ke atas boko ubi tadi. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
BINGKA UBI CARA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu parut
1/2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas, perah ubi kayu yang telah parut. Air perahan jangan dibuang. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air bersama gula merah dan gula pasir. Masak sehingga gula larut. Selepas itu, tapis. Ketepikan.
3. Dalam periuk lain, masukkan mentega. Cairkan dengan api perlahan. Matikan api.
4. Masukkan dalam periuk berisi mentega tadi ubi kayu yang telah diperah dan bancuhan air gula. Gaul rata-rata.
5. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air perahan ubi kayu yang bahagian bawah atau mendapannya. Kacau lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak. Ratakan.
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius. Bakar selama 1 jam.
8. Selepas masak, keluarkan dan biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong-potong.
TIP: Jika mendapan air perahan ubi kayu tidak banyak, boleh masukkan 1 sudu tepung ubi ke dalam adunan.
Sambal Tempe Basah memang menjadi kegemaran ramai. Salah satu yang mudah dan sedap ialah resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Menurut beliau, Sambal Tempe yang dikongsi ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Sangat sedap dimakan bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SAMBAL TEMPE BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis& goreng garing
4 biji ubi kentang – potong nipis& goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar. 2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing. 3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. 5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.