Ramai orang menyukai tempe, makanan yang diperbuat dari kacang soya ini bukan hanya sedap malah ia sumber protein yang murah. Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara memasak, sama ada dijadikan sambal ataupun di campur dengan bahan lain dalam masakan. Penggemar tempe mesti menjadikan tempe sebagai menu wajib setiap minggu. Walaupun murah dan mudah didapat apa salahnya kita cuba buat sendiri. Ini caranya ye:-
BERSIH DAN RENDAM KACANG SOYA
Kacang soya mesti dicuci bersih dahulu kemudian rendam selama 12-18 jam dengan air sejuk.Semasa proses merendam, korang boleh ramas-ramas kacang soya supaya tanggal kulit arinya, kemudian tukar air dan remdam lagi. Pastikan seluruh kacang ditengelami air. Tujuannya supaya kacang soya kembang dan tidak perlu direbus lama.
Ads
REBUS KACANG SOYA
Buangkan sisa kulit ari yang tertinggal sepanjang proses merendam, kemudian cuci bersih. Apabila betul-betul bersih, rebus lebih kurang 30-45 minit atau hingga empuk bagi memastikan tempe nanti lembut. Perlu diingatkan gunakan air bersih dan bebas klorin, senangnya korang gunakan saja air tapis. Setelah masak, sejuk dan keringkan kacang soya rebus dalam penapis, tujuannya supayaa ragi yang digunakan untuk tujuan fermentasi lebih mudah digaul rata.
GAUL DENGAN RAGI
Apabila kacang soya sudah betul-betul kering dan sejuk,campurkan ragi dan gaul rata. Untuk satu kilogram kacang soya, korang boleh letakkan satu sudu makan ragi tempe.
BUNGKUS DAN FERMENTASIKAN
Ads
Selepas digaul rata, campuran kacang soya dengan ragi bolehlah dibungkus menggunakan daun pisang atau plastic. Jika menggunakan pastik, lubangkan sedikit supaya ada kitaran udara di dalam bungkusan. Proses fermentasi atau peram mengambil masa 24-48 jam pada suhu bilik.
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas, jika terlalu panas boleh sebabkan spora mati dan jika suhu sebaliknya boleh sebabkan kulat tidak akan tumbuh. Pastikan juga bungkusan tempe tidak bertindih kerana sepanjang proses fermentasi sudah menghasilkan udar panas. Oleh itu, korang perlu kerap tengok tempe bagi memastikan kitaran udara sentiasa dalam keadaan baik.
INGIN TAHAN LAMA, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
Ads
Selepas 48 jam, tengok tempe korang, jika sudah padat dan ada bau tempe, maka tempe korang sudah menjadi dengan sempurna. Tempe tersebut boleh terus dimasak atau disimpan dalaam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Macam mana? Senang je kan buat tempe.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sayur lobak merah ini memang selalu kita guna dalam masakan. Disebabkan itu ramai yang membeli dalam kuantiti banyak terutama bila harga murah.
Bila banyak stok lobak merah cara simpan pun kena betul supaya dapat tahan lama. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk memastikan lobak merah ini kekal segar dan tahan berbulan-bulan adalah dengan menyimpannya dalam balang.
Tip simpan lobak merah agar kekal segar berbulan-bulan
Caranya adalah seperti berikut;
1. Sediakan balang yang sesuai
2. Potong lobak jika panjang supaya muat dalam balang.
3. Susun lobak merah yang dipotong ke dalam balas dan isi air hingga penuh balang.
4. Simpan balang dalam peti sejuk, seminggu sekali boleh tukar air.
Lobak yang disimpan dengan cara ini boleh tahan hingga berbulan-bulan. Tetap segar, tak kecut atau lembik.
Anda mungkin biasa mendengar kalau nak mata sihat, anda perlu makan makan lobak merah. Memang benarlah kata nasihat ini kerana beta karoten dalam lobak merah mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata yang optimum. Tapi sebenarnya ada banyak makanan lain yang mungkin lebih baik lagi untuk manfaat kesihatan mata anda…
1. BAYAM
Sayur bayam seperti juga sayuran hijau yang lain mengandungi 2 anti oksidan yang mampu melindungi mata anda dari pancaran cahaya yang boleh merosakkan mata. Anti oksidannya terdiri daripada lutein dan zeaxanthin. Lutein adalah pigmen berwarna kuning yang terdapat pada daun dan ziaxanthin adalah karotenoid yang baik untuk kesihatan mata. Memandangkan mata kita mempunyai paras metabolik yang tinggi dan menggunakan banyak tenaga jadi sayur bayam dapat menambahkan nilai perlindungan anti oksidah pada mata.
2. LADA BENGGALA MERAH
Ia mengandungi vitamin C yang larut air dan antioksidan yang sangat tinggi kandungannya. Di samping melindungi daripada selsema ia juga membantu tubuh membentuk dan memelihara 'connective' tisu termasuk kolagen yang terdapat di kornea mata. Vitamin C juga dapat membantu saluran darah yang sihat termasuklah kapilari yang halu di retina dalam mata.
3. BADAM
Jika korang semak senarai makanan sihat anda pastinya akan menemui badam berbanding kekacang yang lain. Badam kaya dengan asid lemak omega 3, protin, potassium, karbohidrat, fiber, kalsium, zat besi, magnesium dan vitamin B. Kesemuanya ini menyumbang kepada keseluruhan kesihatan tubuh.
Badam juga mengandungi vitamin E iaitu antioksidan 'berkuasa' yang mampu melindungi mata anda daripada radikal bebas yang boleh menjejaskan tisu sihat. Vitamin E juga didapati boleh mengelakkan degenarasi penuaan dan katarak.
4. IKAN
Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan segala lemak yang bermanfaat adalah dengan makan ikan terutamanya salmon dan tuna segar. Ikan ini bukan sahaja banyak isinya tetapi kaya dengan asid lemak omega 3 yang terbaik untuk memelihata saluran darah menjadi sihat dan kuat. Asid lemak ini ini menyerap ke dalam laluan cecair di dalam 'pupil' mata yang diyakini dapat mengelakkan daripada sindrom kekeringan mata dan glaukoma.
5. TELUR
Telur adalah makanan 'super food' yang mengandungi apa yang diperlukan tubuh. Sebiji telur rebus akan memberi anda potassium, vitamin A, Vitamin D, Vitamian B 12, zat besi, kalsium dan magnesium yang menyumbang kepada mata yang sihat dan tajam penglihatan.
Jadi apa tunggu lagi, masukkan 5 makanan 'anugerah' daripada Allah ini dalam rutin pemakanan anda demi kesihatan tubuh dan mata anda.
Bagi yang memiliki penapis air hampir tamat kontrak di rumah dan tak mahu menyambung hutang baru boleh belajar servis sendiri penapis air ini. Antara yang penting diketahui adalah cara menukar filter ketika diperlukan.
Turut melakukan sendiri servis penapis air, caranya dikongsi oleh Sharm Arm Zakaria. Ujar beliau filter penapis yang digunakan boleh dibeli secara online, dan boleh digunakan untuk sebarang jenama.
Apa yang penting katanya pastikan saiz filter sesuai dengan penapis air yang ada di rumah dan ia ditukar ikut masa yang ditetapkan. Berikut adalah perkongsian beliau.
Tukar sendiri filter bila penapis air habis kontrak
“Penapis air ini dah nak habis kontrak, dia suruh sambung lagi 5 tahun. Tapi tak nak buat hutang dah, jadi kita siap sedia beli filter untuk 2 tahun supaya senang tukar ikut masanya.”
Filter ada 4 tahap/ stage penukaran
Sediment – tukar setiap 4 bulan
Free carbon – tukar setiap 8 bulan
Silver carbon – tukar setiap 1 tahun
Post carbon – tukar setiap 1 tahun
INFO
-Semua filter ini harganya dalam RM160 untuk 2 tahun.
-Sebelum beli pastikan ada pengesahan SIRIM dan Halal Malaysia.
-Untuk cara pembersihan tangki boleh tengok YouTube
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...