3. Milo dah larut masukkan coklat cadbury. Kacau sampai sebati.
4. Setelah siap, masukkan dalam bekas yang sesuai, selang selikan setiap lapisan bermula dengan lapisan putih.
IKLAN
5. Sejukkan dulu setiap lapis dalam peti sejuk lebih kurang 2 minit sebelum dituangkan lapis seterusnya. 6. Lakukan hingga habis dan hiaskan di atas dengan bebola coklat untuk lebih cantik.
7. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
Nak buat nasi goreng kerabu ni, tak perlu tunggu hari tertentu, bila-bila terasa nak makan boleh saja membuatnya. Syaratnya perlulah cukup ulam-ulaman untuk dimasukkan sebagai ramuan dalam nasi goreng ni. Hidangkan dengan keropok ikan, sambal belacan dan ulam timun perghhh padu.
NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan Nasi Goreng Kerabu: 3 cawan nasi 2 ulas bawang ros 2 ulas bawang putih 4 biji cili padi-beli online di sini 5 ekor udang 2 ekor sotong 2 sudu besar sos ikan-beli online di sini
Bahan Kerabu 1 batang serai 1 kuntum bunga kantan 3 batang buncis 3 batang kacang botor 10 helai daun kesum
Cara memasak:
1.Bawang dan cili api ditumbuk kasar. Tumiskan sampai wangi.
2.Masukkan udang dan sotong. Kalau takda, letak ikan bilis je pun sedap. Jika tiada juga letak belacan.
3.Masukkan sos ikan, kalau takda sos ikan letak budu sikit. Barulah ada kick.
4.Perasakan dengan garam.
5.Masukkan nasi sejuk.
6.Masukkan ulam-ulaman yang dah hiris halus tadi. Bunga kantan tu wajib tau. Kalau takde memang kurang umph nasi goreng kerabu kita nanti. Serai tu pun wajib. Lepas tu kalau bubuh daun kesum memang dia jadi extra vaganza rasanya.
7.Kacau sampai rata, biar semua serba rasa. Dah siap.
Pulut kuning dan rendang sememangnya kombinasi yang cukup enak. Sesuai sangat dihidangkan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Jom cuba! Sangat mudah dan memang sedap.
PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
1.5kg beras pulut susu
1 kotak kecil santan
10 helai daun pandan
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit selama 3-4 jam. 2.Panaskan pengukus sambil susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning akan jadi lagi sedap. Letak beras pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut. Anggaran masa dalam 1 jam.
3.Bila pulut agak lembut, keluarkan dari periuk kukusan dan masukkan dalam bekas lain. 4.Ambil santan, campurkan dengan 1 mangkuk air ( saiz seperti dalam gambar) dan tambah sedikit garam.
5.Tuang ke dalam bekas berisi pulut dan gaul hingga rata dan sebati. Kukus pulut sekali lagi anggaran masa 15-30 minit.
6. Angkat pulut dan boleh dinikmati bersama Rendang Daging.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1.5kg daging
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2 bungkus kerisik
2 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
3 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah saiz sederhana besar
10 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai cili kering – ikut kepedasan yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang serta kayu manis. Kemudian masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 2.Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus. 3. Bila rempah pecah minyak, masukkan daging. Gaul sebentar kemudian tambahkan air. Masak hingga daging lembut dan empuk.
4. Seterusnya bila daging betul-betul lembut, masukkan santan, kerisik dan daun kunyit. 5. Perasakan dengan garam serta perasa lain dengan secukupnya.
6. Bila rendang mencapai kepekatan yang anda suka, matikan api dan nikmati bersama pulut kuning.
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan tinggi terutamanya jika di bulan puasa. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib ni. Pasti menjadi dan puas hati.
RESIPI KUIH TAKO
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
100gm tepung jagung
850ml air pandan – (beberapa helai daun pandan dikisar)
400gm gula pasir
5 biji sengkuang cina – dikupas dan dipotong dadu kecil
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api hingga pekat dan jernih.
2. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan bersesuaian hingga separuh acuan. Sejukkan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
100gm tepung jagung
2 biji kelapa putih – jadikan 1520ml santan pekat
Daun pandan
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
3. Tuang panas-panas ke atas bahagian hijau yang sudah disejukkan tadi. Buat hingga habis dan sejukkan kuih.
4. Bila kuih telah sejuk, barulah disimpan di dalam peti sejuk.