Sengkuang cina membantu menyejukkan badan. Sesuai sangatlah dicuba dikala musim panas terik ni. Cara nak buatnya pun mudah. Anda pasti sukakan rasanya. 

BUBUR SENGKUANG CINA

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2kg sengkuang cina | dipotong dadu
  • 250gm tepung ubi
  • 150gm gula pasir
  • 1/2 biji kelapa
  • Beberapa helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
  • Secubit garam
 
CARA MEMASAK:
  1.  Bahagikan sengkuang kepada tiga bahagian dan rendamkan dalam air berwarna merah, hijau dan juga kuning. Biarkan direndam seketika.
  2.  Tos sengkuang kemudian digaulkan dalam tepung ubi sehingga rata.
  3.  Didihkan air dan masukkan kesemua sengkuang tadi. Biarkan masak sehingga sengkuang timbul di permukaan air.
  4.  Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Tos airnya.
  5.  Dalam periuk berasingan, didihkan santan bersama gula, garam serta daun pandan yang disimpul. Biarkan mendidih dan pekat.
  6.  Masukkan sengkuang cina ke dalam kuah santan dan kacau sebati.
  7.  Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

 

IKLAN

ANDA MUNGKIN SUKA:

IKLAN

Resipi Pavlova Sedap & Tak Terlalu Manis. Sedang-Sedang Elok Je!

IKLAN

Mixed Berries Croissant Pudding. Manisan Mewah Tapi Boleh Buat Dengan Kos Murah.

Resipi Puding Lapis Roti Pelangi Yang Mudah & Sedap!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI