Spageti Aglio Olio tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sajian dari Eropah ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Namun ada juga yang kurang gemar kerana rasanya yang tidak pedas. Nah… Jangan risau, ada resipi Spageti Aglio Olio cita rasa Melayu perkongsian saudara Mohd Shahrizal yang pastinya kena dengan selera anda. Pedas dan berbawang. Memang nikmat. Oh ya, kalau ada paket-paket emping cili Dominos tu, boleh guna tau untuk masak menu ni. Sedap! Barulah tak membazir.
CARA MASAK SPAGETI AGLIO OLIO SEDAP IKUT SELERA MELAYU
BAHAN-BAHAN: Spageti secukupnya – rebus hingga lembut – beli online disini 5-6 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini 1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini 3 biji cili padi – lebihkan jika suka – beli online disini Udang secukupnya Sotong secukupnya Kupang – jika suka Emping cili secukupnya (empunya resipi guna 5 paket) – beli online disini Brokoli – rebus guna air rebusan pasta Garam & perasa secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan juga sotong. Jika suka, boleh masukkan kupang. Masak hingga air sotong kering.
3. Seterusnya masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan airnya. Masukkan juga emping cili mengikut tahap kepedasan yang digemari. Tambahkan juga garam serta perasa dengan secukupnya.
4. Gaul spageti hingga bercampur rata dengan semua bahan. 5. Akhir sekali, masukkan brokoli yang telah direbus menggunakan air rebusan pasta. Gaul lagi.
6. Spageti Aglio Olio cita trasa Melayu sedia untuk dihidangkan.
Anda suka makan Kuih Lopes Pulut? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.
CARA MASAK KUIH LOPES PULUT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras pulut
Air pandan secukupnya
Sedikit pewarna hijau
1 biji abuchang @ khee – boleh gantikan dengan kapur
BAHAN AIR GULA MELAKA:
3 keping gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 ½ cawan air
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pisang untuk membungkus
Tali atau getah untuk mengikat
Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.) 2. Kukus pulut selama ½ jam. 3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.
Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
25gm gula kastor
1 biji telur | pukul
275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Masakan Korea memang kaya dengan penggunaan rempah dan cilinya tersendiri.Sajiannya Korea memanga banyak menggunakan kimchi, gochujang ( pes cili Korea), Gochugaru (serbuk cili Korea) dan lada hitam dalam ramuan masakannya.
Kalau anda peminat drama Korea, sajian ini pasti tidak asing lagi. Nah, 5 resipi ni adalahair tangan tenaga pengajar IKBN, Peretak, Kuala Kubu Baru , Selangor.
Jom cuba resipi dari Norshazila Mohamed Rahman, Norazilah Rahman dan Harmayah Argadan, 'follow' resipinya ternyata lazat berempah.
1. SEAFOOD JAPCHAE (Korea)
BAHAN-BAHAN :
Bahan japchae :
200gm dangmyeon @ suhun Korea
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gochugaru *serbuk cili Korea
Bahan seafood :
2 ekor sotong | dihiris
10 ekor udang saiz XL | dibuang kulit
¼ biji bawang Holland | dihiris nipis
3 keping cendawan shitake | rendam sampai kembang dan dihiris
1/3 batang lobak merah | dipotong nipis fine julienne
Daun bawang secukupnya | untuk hiasan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Bahan sos :
2 sudu makan kicap cair
½ sudu makan gula
2 sudu teh bawang putih | dicincang halus
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Rendam dangmyeon (suhun Korea) dengan air suam, kemudian tos kering dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang Holland dan bawang putih cincang hingga naik bau. Kemudian masukkan minyak bijan dan gochuru.
3. Masukkan sotong, udang, lobak merah dan cendawan shitake. Kacau sekata.
4. Kemudian masukkan kicap cair, gula, minyak bijan dan dangmyeon. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Gochugaru memberikan rasa pedas manis
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Pastikan dangmyeon direndam sehingga lembut, dalam anggaran masa 30 – 40 minit dalam air suam.
2. TTEOKBOKKI @ STIR FRIED RICE CAKES
BAHAN-BAHAN :
130gm tteokbokki * kek beras panjang
1 keping ikan | dihiris
2 keping fucuk ikan | dihiris
113gm kobis | dihiris
3 cawan stok ikan bilis @ air
3 sudu makan Gochujang * pes cili korea
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan bawang putih | cincang
Daun bawang secukupnya | dihiris serong
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan renehkan stok ikan bilis
2. Masukkan pes gochujang dan renehkan selama 5- 8 minit.
3. Kemudian masukkan kek ikan, fucuk ikan, tteobokki, kobis, kicap cair dan perasakan dengan gula dan garam
4. Angkat dan tabur dengan daun bawang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasa : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian pembuka selera @ snek street food, Korea
Keistimewaan : Sajian street food yang sangat mudah dibuat. Rasa pedas dan manis
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tteokbokki (kek daripada beras) ini boleh dibeli yang sudah siap di pasaraya. Untuk tambah rasa pedas lagi boleh ditambah dengan serbuk cili.
3. CHIJEU-BULDAK @ FIRE CHICKEN (Korea)
BAHAN-BAHAN :
450gm dada ayam | dipotong dadu
¼ cawan gochugaru * serbuk cili Korea
2 sudu makan gochujang *pes cili Korea
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
3 sudu makan minyak masak
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan madu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu teh halia dipotong halus
2 keping keju
3 sudu makan air
Bawang Holland secukupnya | dihiris nipis untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil mangkuk dan masukkan gochugaru, gochujang, kicap cair, minyak bijan, serbuk lada hitam, madu, bawang putih, halia dan garam secukup rasa.
2. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati, perapkan seketika. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap
4. Masukkan air dan tutup periuk seketika, masak ayam dalam 10 minit
5. Buka tudung periuk dan gaulkan ayam, letakkan keju di atas ayam dan kemudian taburkan engan hirisan bawang Holland. Tutup semula tudung, dan biarkan keju cair dalam 5 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Gandingan rasa keju serta pedas lazat yang membangkitkan selera
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan api dikawal supaya jangan terlalu besar. Jika tidak ayam akan jadi hangit dan keras.
4. YANGNYEOM CHICKEN @ SPICY KOREAN CHICKEN WING
BAHAN-BAHAN :
Bahan perap kepak ayam:
6 keping kepak ayam
½ cawan buttermilk
Bahan campuran tepung :
½ cawan tepung ubi kentang
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
Bahan sos :
1 sudu makan madu
4 sudu makan gochujang * pes cili Korea
3 ulas bawang putih | cincang
½ sudu makan kicap masin
1 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu makan bijan putih | sangai
CARA MEMASAK :
1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi kentang, tepung jagung dan lada hitam
3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
4. Goreng ayam hingga keemasan, ketepikan seketika.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
6. Masukkan pes cili Korea (gochujang), kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka, Gaulkan.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul.
8. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Rasa rangup ayam goreng disaluti dengan sos yang sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Jika tiada gochujang boleh juga digantikan dengan cili boh atau cili kering
5.CHAMCHI-KIMCHIJJIGAE @ KIMCHI STEW WITH TUNA (Korea)
BAHAN-BAHAN :
150gm tuna
340gm kimchi | dihiris
1 sudu makan mentega
2 ½ cawan air
1 sudu makan gochugaru
½ cawan jus air kimchi
230gm tauhu | dipotong dadu
Garam secukup rasa
Daun bawang secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumiskan tuna.
2. Masukkan kimchi dan gaul sebati. Masukkan air kimchi bagi mengelakkan ia melekat di periuk.
3. Masukkan air dan renehkan seketika dalam 10-15 minit. Masukkan gochugaru.
4. Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam .
5. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Mudah disediakan dan ringkas bahan-bahannya
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Usah masak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tauhu hancur
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...