Cara buat roti arab ni sekejap je, uli beberapa minit dah boleh terus masak, roti jadi lembut dan gebu.

Makanan timur tengah ni, biasanya kita makan dengan kuah kari atau dengan inti daging.

Resipi yang dikongsi Zainoor Aliza Ali ini mudah sangat nak buat.

 

ROTI ARAB

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu

BAHAN A:

½ cawan susu segar
1 sudu besar yis – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini

TONTON Nasi Goreng Chicken Chop, Aglio Olio Chicken Chop dan Meatball Bolognese

TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan | Dapur Rasa Live

BAHAN B:

IKLAN

½ kg tepung gandum – beli online di sini
220ml air
1 sudu besar shortening – beli online di sini
1 sudu besar bread softener – beli online di sini
1 sudu besar baking powder
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
½ sudu kecil garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Bancuh sekata bahan A. Tutup rapat-rapat selama 10 minit.
2. Masukkan bahan A ke bahan B. Uli sekata selama 20 minit.

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu
3. Tutup doh dalam bekas kedap udara selama 1 jam.
4. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sekejap untuk keluarkan angin.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
6. Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai. Canai doh ikut tebal mana yang kita nak (saya buat nipis je).

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu
7. Panaskan pan. Sapu sedikit minyak masak.
8. Masakkan doh selama 3-4 minit. Tutupkan pan. Terbalikkan dan biarkan sekejap baru diangkat.

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu

INTI DAGING

½ kg daging cincang
2 labu bawang besar | dicincang – beli online di sini
5 biji kentang | dipotong dadu – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk lada hitam – beli online di sini
1 sudu kecil garam

Mudah Je Cara Buat Roti Arab Lembut & Gebu

IKLAN

CARA-CARA:

1. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak masak. Bila dah terbit bau, masukkan daging cincang. Kacau rata dan biarkan seketika.
2. Masukkan kentang dan sedikit air. Tutup kuali untuk lembutkan kentang.
3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Bila dah agak kering boleh diangkat.

NOTA:

*1 cawan air/susu segar = 250 ml
* tepung = tepung gandum bakers’ choice

Kredit resipi: Zainoor Aliza Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Mudah & Ringkas Tapi Menyelerakan Menu Sunkist Honey Sesame Chicken

Mi Sup Pedas Ala Cina, Senang Je Nak Buat Rupanya 

Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu, Memang Sedap 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI