Kuih Ulat Bulu, makan ni tak gatal tau. Ntah kenapa namanya begini tak pasti pulak. Dibuat dari tepung pulut dan tepung gandum dan yang paling padu berintikan pes kacang merah. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja, berbaloi-baloi untuk dicuba. Jom tengok resipi perkongsian daripada gerobok ummu
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN :
Ads
Tiga cawan tepung pulut
Dua sudu besar tepung gandum
Satu cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)
CARA MEMASAK : 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut. 3. Ambil sedikit doh dan leperkan 4. Letak inti kacang merah 5. Gentel bujur untuk tutup doh 6. Ulang sampai habis 7. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.
Sedapnya Kuih Vadai perkongsian Opah Mas Cotek ni. Nampak menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan penyediaannya ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba buat untuk minum petang.
RESIPI VADAI / MASALODEH SEDAP, LEMBUT & TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ambil kacang dhal, asingkan 2 genggam kemudian kisar kasar.
2. Kemudian kisar kering lebihan kacang dhal tadi.
3. Tuang semua kacang dhal ke dalam bekas besar. Masukkan juga bahan-bahan lain. Perasakan secukupnya dan gaul sebati.
4. Kepal dan bentukkan adunan kacang dhal tadi membentuk kuih Vadai. Simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak masak dan goreng kuih hingga masak serta jadi kekuningan. Masak guna api sederhana.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Kalau tak nak Kuih Vadai hancur masa digoreng, simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum dimasak.
Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.
Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.
Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.
IKAN BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.
Sesekali makan bubur nasi dengan tambahan bahan lain tentu sedap. Dimakan pula ketika masih panas pendek kata masing-masing makan bertambah. Mudah nak disediakan dan boleh dijadikan hidangan siang atau malam. Uwan Nolly Epin berkongsi resepi bubur untuk anda sediakan.
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.