Sedapnya Cucur Ikan Bilis perkongsian Opah Mas Cotek ni. Bulat elok bentuknya. Nampak sangat menyelerakan. Kalau nak cuba buat cucur yang bulat sempurna macam ni, resipi dibawah ini antara yang mudah. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
RESIPI CUCUR IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung tepung gandum
1 biji bawang besar – cincang
1 biji cili merah – cincang
1/2 cawan ikan bilis – tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa
Sedikit daun bawang / daun sup – hiris halus
Garam secukupnya
2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali air panas) dalam bekas. Sebatikan.
IKLAN
2. Ambil air panas, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati menggunakan senduk. Jadikan doh. Ketepikan seketika dan biarkan doh sejuk.
4. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, cubit doh dan bulat-bulatkan.
IKLAN
5. Panaskan minyak masak dan goreng doh cucur hingga garing.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
Umum telah mengetahui khasiat oat dalam diet seseorang. Dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol oat memang bagus diamalkan dalam rutin pemakanan. Sarapan atau minum petang mesti jadi lebih seronok kalau ada kuih kegemaran dihidang atas meja. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih keria gula melaka homemade yang senang je nak buat. Tak guna tepung tau. Tapi tepung diganti dengan oat.
KERIA OAT
.
BAHAN-BAHAN
3 biji keledek
5 sudu besar oat
Minyak masak untuk menggoreng
Gula kelapa atau gula kabung
CARA MEMBUAT
1. Rebus 3 biji keledek dan dilecekkan.
2. Kisar kering 5 sudu oat sehingga jadi tepung. (BELI PENGISAR DI SINI)
3. Campur oat dalam keledek dan adun jadi doh.
4. Bentukkan jadi bentuk cincin.
5. Gorenglah sehingga garing.
6. Sambil goreng boleh cairkan gula kelapa dan masak sehingga pekat melekit. (BELI KUALI DI SINI)
6. Selepas keria masak garing, boleh sira dalam gula kelapa tadi.
TIP
1. Manis tanpa gula putih. Guna gula kelapa atau gula kabung. Tepung gandum ganti oat supaya lebih sihat dan kenyang lebih lama.
2. Kalori masih tinggi tapi gula kelapa lebih rendah indek glicemik daripada gula putih. Lambat terurai dalam darah jadi kenyang lebih lama.
Tercari-cari juadah mudah untuk dijadikan hidangan minum petang? Resipi Ubi Kayu Pelangi perkongsian Pn Qiha Fareesya ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba.
CARA MASAK UBI KAYU PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu
2 genggam kelapa parut putih – dikukus seketika supaya lambat basi
Serbuk agar-agar warna jernih
Gula
Garam
150ml santan kotak
Pewarna pilihan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ubi kayu dipotong kecil. Kemudian kisar dengan sedikit air. 2. Perah kisaran ubi kayu menggunakan penapis kain. Jangan sampai terlalu kering. 3. Biar air perahan di dalam bekas dan jangan dibuang. Beningkan seketika supaya pati ubi kayu mendap di dasar bekas. Buang air di bahagian atas. 4. Ambil pati mendapan ubi kayu dan gaul dengan ubi kayu yang diperah tadi hingga sebati. 5. Panaskan pengukus dan sediakan loyang atau bekas bersesuaian. Lapik plastik bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan. 6. Satukan semua bahan kecuali pewarna, garam dan gula. Gaul sebati. 7. Bahagikan kepada 3 bekas untuk diwarnakan dan ditambah perasa. 8. Tambah gula dalam bekas berisi adunan hijau. Jumlah gula bergantung pada selera masing-masing. 9. Lapisan kuning di tambah dengan sedikit garam. Gaul sebati. 10. Bagi lapisan pink, ia juga ditambah gula secukupnya supaya menjadi lapisan manis. 11. Ambil adunan hijau. Ratakan dalam loyang. Kukus selama 10 minit. 12. Masukkan lapisan kuning. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. 13. Akhir sekali, masukkan lapisan berwarna pink. Ratakan dan kukus hingga masak. 14. Bila kuih sudah masak sempurna, keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
15. Gaul potongan kuih ke dalam parutan kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.
Macam-macam lauk pauk dan kuih boleh diolah menggunakan pes durian. Ada setengah dari kita buah durian tidak dijamah tapi bila diolah menjadi kegemaran pula. Citarasa orang berbeza-beza.
Boleh buat untuk minum petang. Dikongsikan resipi kuih Bingka Durian yang lemak manis dan lembut rasanya.
BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 – 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan untuk ditabur atas bingka
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan-bahan.
2.Gaul sebati, boleh juga dikisar.
3.Panaskan oven. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang yang sesuai.
4.Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 45 minit.
credit : Lie Ya
JIKA MENCARI AIR FRYER , JOM KLIK DI SINI.ADA BANYAK PILIHAN YANG MENARIK.