Tercari-cari juadah mudah untuk dijadikan hidangan minum petang? Resipi Ubi Kayu Pelangi perkongsian Pn Qiha Fareesya ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba.
CARA MASAK UBI KAYU PELANGI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu
2 genggam kelapa parut putih – dikukus seketika supaya lambat basi
Serbuk agar-agar warna jernih
Gula
Garam
150ml santan kotak
Pewarna pilihan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ubi kayu dipotong kecil. Kemudian kisar dengan sedikit air. 2. Perah kisaran ubi kayu menggunakan penapis kain. Jangan sampai terlalu kering. 3. Biar air perahan di dalam bekas dan jangan dibuang. Beningkan seketika supaya pati ubi kayu mendap di dasar bekas. Buang air di bahagian atas. 4. Ambil pati mendapan ubi kayu dan gaul dengan ubi kayu yang diperah tadi hingga sebati. 5. Panaskan pengukus dan sediakan loyang atau bekas bersesuaian. Lapik plastik bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan. 6. Satukan semua bahan kecuali pewarna, garam dan gula. Gaul sebati. 7. Bahagikan kepada 3 bekas untuk diwarnakan dan ditambah perasa. 8. Tambah gula dalam bekas berisi adunan hijau. Jumlah gula bergantung pada selera masing-masing. 9. Lapisan kuning di tambah dengan sedikit garam. Gaul sebati. 10. Bagi lapisan pink, ia juga ditambah gula secukupnya supaya menjadi lapisan manis. 11. Ambil adunan hijau. Ratakan dalam loyang. Kukus selama 10 minit. 12. Masukkan lapisan kuning. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. 13. Akhir sekali, masukkan lapisan berwarna pink. Ratakan dan kukus hingga masak. 14. Bila kuih sudah masak sempurna, keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
15. Gaul potongan kuih ke dalam parutan kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.
Menu minum petang kita buat apam labu. Ada lebihan labu selain buat gulai kita buat kuih untuk minum petang. Lemak manis dan gebu pasti berulang kali makan.
Apam Labu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 sudu besar yis(serbuk)
Sedikit garam
1 1/2 cawan labu – rebus & lenyek (baru sukat)
1 cawan santan segar/santan kotak
3/4 cawan air
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan di atas dalam bekas yang ada tutup.
2.Gaul-gaul hingga rata,kemudian blender halus.
3.Tuang semula dalam bekas tadi. Tutup, perap 1 jam atau sampai betul-betul naik.
4.Kacau-kacau semula adunan bagi rata. Sebelum tu sediakan acuan yang disapu sedikit minyak.
5.Tuang adunan 3/4 acuan. Kukus 10 -15 minit.
6.Sedia dimakan dengan kelapa putih dan sedikit garam halus.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.
Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.
Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!
KUIH PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Cantik kejadian kuih ini.Sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...