Biarpun kuih muih moden banyak di pasaran, kuih muih tradisional tetap menjadi pilihan. Antara yang ingin dikongsikan di sini adalah dua menu kuih tradisi negeri Pahang. Kuih bunga Telipok dan Kuih Badak Kubang, Dominasi santan,kelapa dan tepung pulut antara bahan utama yang menjadi penyedapn rasa kuih tradisi ini. Jika anda ingin mencuba berikut resipinya, bolehlah cuba.

Kuih Badak Kubang & BungaTelipok, Sedap Sungguh Rasanya.
KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • Gula Melaka | potong dadu kecil
  • Sedikit air
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KUAH PUTIH:

IKLAN
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
5. Kukus lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.
7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

Kuih Badak Kubang & BungaTelipok, Sedap Sungguh Rasanya.
KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK BUNGA TELIPUK

IKLAN
  • 300gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Daun pisang

BAHAN KUAH HIJAU:

IKLAN
  • 50 gm tepung gandum
  • 10 sudu makan gula pasir
  • 750ml santan
  • 8 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
  2. Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
  3. Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
  4. Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
  5. Kemudian tapiskannya.
  6. Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
  7. Kukus lebih kurang 20 minit.
  8. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.

………………

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI