Pernah cuba Sambal Belacan Siam? Bagi anda yang menggemari sajian sambal dan wajib ada bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan Siam perkongsian saudari Rozmaliza Omarni antara yang wajib dicuba. Mudah dan membuak selera. Merurut beliau lagi resipi ini adalah resipi warisan keluarganya dan wajib ada bila tipa kali kenduri. Malah ada juga dikalangan rakan-rakan yang menggunakan resipi ini untuk jualan. Wow…Pasti enak ni. Jom cuba. Anda juga pasti sukakannya.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk cili padi merah 1/2 mangkuk cili padi hijau 1 labu bawang putih (*) – beli online disini 1 biji bawang besar holland (*) – beli online disini 1 inci belacan (*) – beli online disini 1/2 cawan air asam jawa – beli online disini 5- 6 sudu makan cuka – beli online disini Garam, gula & ajinomoto secukup rasa 1 labu bawang putih jeruk & airnya sekali – jika ada. Ia bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa sambal – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Sediakan semua bahan dan bakar bahan-bahan yang bertanda (*). Ketepikan. 2. Kemudian satukan semua bahan termasuk yang dibakar (kecuali bahan perasa) dan kisar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
Ads
3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto dengan secukupnya. Kacau rata dan sambal nampak berkilat. 4. Sambal Belacan Siam siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulaman . 5. Sambal ini juga sedap dicicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.
Menu ayam masak merah boleh dikatakan kegemaran semua orang hinggakan waktu kenduri kahwin ia jadi lauk wajib.
Biasanya bila buat ayam masak merah, kita akan menggunakan sos cili dan tomato, tapi sebenarnya tanpa menggunakan sos, lauk ini tetap enak.
Caranya dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah tanpa sos
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dan sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
2 kuning telur 1 kotak susu full cream (200ml) – tak cukup susu, sila tambah air sikit-sikit pada doh 1 sudu kecil pelembut – bread softener/ovalatte/cream super/KFine/magic Plus/water roux – (pilih salah satu) 2 sudu besar marjerin/mentega – beli online di sini Pewarna merah
1. Suamkan susu, masukkan gula dan yis. Kacau-kacau dan biar 10 minit hingga yis berbuih aktif. 2. Tuangkan ke dalam bahan kering, gaul rata dan masukkan bahan cecair. 3. Uli doh hingga licin. Tutup biar doh mengembang, sapu minyak pada tapak tangan, tumbuk doh keluarkan angin. Bulatkan doh, biar kemas.
4. Celup doh dalam bekas tepung, baru letak dalam dulang. Cara ni tak nak bagi doh melekat pada bekas dan angkat. Goreng nanti senang. 5. Selesai bulat kesemuanya, tekan sikit doh tu satu-persatu, kembangkan lagi sekali. 6. Doh dah kembang dan ringan, bolehlah goreng dengan api perlahan, angkat bombo, letak atas tisu dan biar minyak menyerap pada tisu.
250g cream cheese 1 sudu besar lemon atau cuka (optional) ½ cawan whipping cream non dairy ½ cawan susu pekat – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Guna mixer – masukkan bahan dalam bekas pukul hingga kembang. Masukkan dalam piping bag, boleh picit dalam bomboloni. 2. Cara nak masukkan ke dalam bombo, gunting bahagian atas, tekan sikit tapi jangan sampai bocor dan picit cream cheese hingga penuh. 3. Ada cheddar cheese, boleh parut di atasnya, buat lagi nampak menyelerakan.
FILLING CUSTARD
3 kuning telur 3 suud besar gula 1 sudu kecil esen vanilla – beli online di sini 1 kotak besar susu segar (350ml) ½ cawan whipping cream non dairy 2 sudu besar tepung kastard/tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
Kisar semua bahan. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masuk dalam piping bag, simpan dalam peti sejuk selama ½ jam, baru guna.