Mula-mula, rebus dahulu daging sekejap. Sekadar keluar air daging dan lemak-lemaknya lalu angkat dan tapis buang air rebusannya.
Hanya tinggalkan sedikit saja airnya. Atau boleh terus masak tanpa rebus dahulu. Terpulang cara masing-masing.
Kemudian, Masukkan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan beberapa saat hingga terbit bau.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak atau garing.
Ads
Setelah bahan perang,masukkan rempah sup dan tumis 1 minit atau hingga terbit bau lalu masukkan daging,air mengikut banyak kuah yang disukai, garam,gula dan serbuk perasa lalu masaklah hingga daging lembut.
Setelah siap boleh lah masukkan daun sup dan cili padi.
Selamat Hari Merdeka Malaysia! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari merdeka ini? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk
1kg beras basmathi – cuci & tos
1.5kg air
1/2 tin susu cair
2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 kiub pati daging
1 helai daun pandan
2 biji tomato – belah empat
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
30gm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit gula
Garam jika perlu
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 sudu makan kerisik
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan. 4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. 6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata. 7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan. 2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan. 3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api. 4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4 batang serai
2cm lengkuas
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK: 1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya. 2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati. 3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk. 4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika. 5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak. 6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya. 7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api. 3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa. 4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih. 5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
100ml santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
2 batang serai
2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu
1 biji telur
3 sudu makan daging kisar
1 biji bawang besar – dadu halus
3 biji bawang merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 biji cili merah – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan. 2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering. 4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata. 5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan. 6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar. 7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas. 8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika. 9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak sempena Hari Merdeka di laman web RASA:
Menu Air Asam Perut ni memang sedap! Nak-nak bulan puasa ni, memang buka selera. Nak buat menu ni, bahan-bahannya ringkas sahaja namun hasilnya memang terbaik. Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini resipi yang boleh dicuba!
AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
1 biji tomato – hiris kasar
1 tangkai daun kesum – hiris kasar
Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Hiris perut menjadi kepingan kecil.
Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Ramai yang suka makan paru tapi mungkin tak pernah memasaknya sendiri. Bagi yang pertama kali mahu menyediakan hidangan paru paling penting sebelum memasak paru ini adalah cara membersihkannya.
Paru ini harus dibersihkan dengan betul supaya tidak berbau hanyir. Bagi yang belum tahu caranya boleh gunakan panduan dari Afy Al Habibi.
Cara bersihkan paru supaya tak berbau hanyir
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
1. Cuci paru sampai hilang warna air darah.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.