Sekarang ni petang-petang kerap hujan. Mulalah perut berkeroncong nak cari makanan untuk dikunyah. Resipi roti buah-buahan kekacang ni nampaknya mudah dibuat.
Bak kata empunya resipi ni campak-campak, kacau-kacau dan siap. Jom cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Kathy Kay- JOM jengah dapur KK. Kekacang ada, buah-buahan pun ada memang padulah.
Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.
Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
SUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.
5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.
Nasi semalam ada lebih! Janganlah dibuang kerana boleh dijadikan satu menu yang sangat sedap iaitu Nasi Goreng Telur Ikan Bilis. Memang senang nak buat ni, tak sampai 10 minit confirm dah siap! Sedap dan mengenyangkan pula tu. Jom cuba, boleh jadi bekal untuk suami dan anak-anak esok.
NASI GORENG TELUR IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Halia
4 biji telur
Ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk. Masak hingga naik bau lalu masuk ikan bilis dan goreng hingga garing.
2. Masukkan telur dan gaul sebati. Selepas itu, masukkan 2 sudu sos tiram dan gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul hingga semua sebati. Kemudian, masukkan serbuk perasa dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
Kalau hendak masak untuk satu keluarga yang ada anak kecil, boleh tukar dengan cili yang besar yang biasa itu.
Boleh tambah sayur kegemaran anda seperti kacang buncis atau lobak merah.
Jika ingin pedas boleh tambah cili padi.
Boleh goreng asing ikan bilis rangup dan masuk akhir sekali.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.