Karisotong ni kalau makan dengan nasi atau roti memang mantaplah. Masak homemade boleh makan bertambah-tambah sampai licin pinggan. Bahan rencah tu tumis sampai garing dan naik minyak, baru menjadi kesedapannya.
Resipi dariUmi Watie yang membahasakan dirinya Kak Chik ni memang senang aje buatnya. Umi gunakan sotong saiz kecil jadi tak payah potong. Katanya, “Kuah kari tu masuk dalam sotong, bila gigit terasa kuah kari merembes ke luar, memang sedap sangat.”
Lepas ni tak payah beli dari restoran mamak lagi, buat sendiri aje. Tengah PKPB makan kat rumah la kan. Jom masak…
Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendolsejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade ni. Pasti lagi mengancam rasanya. Tambah pula sekarang ni musim durian. Tambahlah seulas dua. Lagi padu.
Kalau nak tahu, mudah je buat sendiri sajian ini di rumah. Pasti seronok bila lihat hasilnya. Kos tak banyak, tapi satu keluarga boleh makan. Pendek kata memang puas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah. Pekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali. Selamat mencuba!
RESIPI CENDOL HOMEMADE SEDAP BOLEH BUAT GUNA TEPUNG BERAS
Lidah Melayu, selalunya tak sah makan kalau tak ada sesuatu yang pedas misalnya sambal. Variasi sambal yang selalu kita hidang atas meja adalah sambal belacan, sambal tumbuk, sambal budu, sambal tempoyak. Apa kata kali ni buat sambal ayam penyet. Sedap jugak. Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Telur dadar biasanya kita buat bubuh bawang dan garam je kan? Jom ubah sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
TELUR DADAR TOMATO BERKEJU
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
TELUR DADAR CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
TELUR DADAR BROKOLI
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...