Makan tengah hari dengan lauk yang simple gerenti bertambah makan. Boleh buat menu ikan rebus goreng ni, sangat simple. Rebus ikan Selayang , tambah garam , cuka dan asam keping dan bahan-bahan ramuan lain. Kemudian digoreng dengan bawang dan cili, ermmm enaknya tak terkata.
1.Susun ikan dalam periuk dan taburkan satu sudu besar garam bukit.
๐ง๐ถ๐ฝ: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)
๐ง๐ถ๐ฝ: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
2.Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
3.Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
4.Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
5.Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.
6.Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.
Ads
7.Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.
Tiga masakan ikan ini mudah dimasak. Tapi rasanya tetap sedap. Musim perayaan begini, kalau asyik layan lauk pauk hari raya pun bosan juga kan? Yang simple tetap membuka selera.
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu.
Apa kata cuba koleksi resipi lauk pauk kampung sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
ย
GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya 500ml santan pekat โ beli online di sini 250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu 150gm daun kaduk 2 batang serai | titik โ beli online di sini 1 keping asam gelugor Garam, gula dan perasa secukupnya Sedikit minyak untuk menumis
Dapatkan Ekobee 3 in 1 Intelligent Multi-Cooker With Steam Trayย dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanย DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didihkan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 4. Selepas dua minit masukkan siput sedut. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
ย
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus & hiris nipis 1 sudu air asam jawa 1 biji bawang Holland | hiris bulat โ beli online di sini Garam, gula & perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis โ beli online di sini
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah โ beli online di sini 5 ulas bawang merahย 3 ulas bawang putih 2cm halia 2 batang serai
Dapatkan Muzy Bamboo Towel dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanย DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. Gaul rata kemudian tutup api. Sambal paru sedia dihidangkan.
ย
IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam & digoreng 4 sudu makan kicap manis โ beli online di sini 2 sudu makan kicap pekat โ beli online di sini 4 sudu makan sos cili โ beli online di sini 5 biji cili padi | dikisar 4 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dihiris 1 biji bawang besar Holland | dihiris 1cm halia | dihiris halus Sedikit serbuk lada hitam 8 biji cili padi | dibuang tangkai Sedikit air Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa
Dapatkan Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanย DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. Sedia untuk dinikmati.
ย
DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci & tos 2 biji kentang | buang kulit & potong dadu 1 biji bawang besar | hiris 4 ulas bawang putih |cincang 3cm halia | hiris halus memanjang 2 batang serai | titik 2 biji cili merah | hiris serong 2 biji cili hijau | hiris serong 1 batang seleri |hiris serong 1 sudu serbuk kunyit Garam & gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng Minyak masak | untuk menumis & menggoreng
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanย DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan. 2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. 5. Masukkan pula serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging. 6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7. Kacau lagi seketika dan tutup api. Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
ย
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis 1 biji bawang Holland | hiris bulat 1 batang seleri | hiris serong 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan yogurt 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunya lawang 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 2 batang serai
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cookerย dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanย DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak. 3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu. 4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland. 5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:ย