Roti homemade memang sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tak susah pun untuk menyediakannya jika ada resipi dan bahan-bahan yang cukup. Bagi yang tercari-cari resipi Wool Roll Bread, saudari Ida Osman ada kongsikan resipi yang mudah dan hasilnya memang lembut serta gebu. Nampak sedap kan? Jom cuba!

Cara Membuat Wool Roll Bread

Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu & Lembut Macam Kapas

Bahan-Bahan Doh:

  • 80 ± ml susu suam
  • 3gm yis
  • 300gm tepung roti
  • 30gm gula
  • 100ml whipping cream
  • 1 biji telur (berat ±55gm tanpa kulit)
  • 5gm garam

Bahan Inti:

Dried cranberries / kranberi kering (empunya resipi guna dried cherry / ceri kering. Inti boleh dipelbagaikan ikut cita rasa anda.)

Cara Memasak Wool Roll Bread

  1. Satukan semua bahan-bahan doh. Adun dan uli hingga lembut serta elastik. (Sukatan cecair bergantung pada kualiti tepung. Empunya resipi guna telur seberat 60gm tanpa kulit dan sesudu besar lagi susu.)
  2. Rehatkan doh selama 1 jam atau hingga adunan doh menjadi kembang.
  3. Bahagikan doh kepada 5 bahagian sama rata.
  4. Canai satu bahagian doh. Kelar-kelar hujung doh untuk mendapatkan efek bergaris-garis. Letakkan inti dengan secukupnya.Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu & Lembut Macam Kapas
  5. Gulung doh kemudian susun dalam loyang bersaiz 20cm yang telah digris dengan mentega.
  6. Rehatkan doh sekali lagi selama 1 jam.Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu & Lembut Macam Kapas
  7. Sapu susu pada permukaan doh. Bakar pada suhu 170°C selama 17–20 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing.

Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu & Lembut Macam Kapas

Hasilnya memang sangat lembut dan gebu. Wool Roll Bread ini bukan sahaja cantik dari segi rupa, tapi rasanya juga sangat menyelerakan. Sesuai untuk sarapan atau minum petang bersama keluarga.

Resipi Wool Roll Bread Homemade Yang Gebu & Lembut Macam Kapas

Tip Tambahan

  • Gunakan tepung roti berkualiti tinggi untuk tekstur yang lebih gebu.
  • Boleh tambahkan sedikit mentega semasa menguli untuk aroma yang lebih harum.
  • Jika suka, taburkan sedikit gula icing selepas dibakar untuk sentuhan manis lembut.

Kredit resipi & foto: Ida Osman

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Ads

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Ads

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI