Menu roti memang menjadi kesukaan ramai. Tidak kira sama ada membeli atau membuatnya sendiri. Lebih puas jika dapat membuatnya sendiri. Boleh bawa pulang jumpa ibu dan ayah hujung minggu nanti.Buat penggemar roti putih atau roti tawar atau juga dikenali sebagai roti sandwic /sandwich loaf,boleh cuba resipi ni. InsyaAllah mudah dan sedap.
Sandwich Loaf (2 pax) Bahan-bahan: 500g tepung roti (high protein Japanese Flour) 35g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 8g garam 8g instant dry yis (brand SAF)-BELI ONLINE DI SINI 25g unsalted butter (saya guna brand Achor) *5g bread improver-BELI ONLINE DI SINI 50g susu 225g air sejuk (3 darjah selsius) *Optional: saya gunakan brand GR superbake dari Golden Republic kali ni.
Cara membuat:
Masukkan bahan kering (tepung, yis, garam, gula, improver) ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
Masukkan cecair (susu, air sejuk) dan gaul sehingga menjadi doh.
Naikkan kelajuan mixer dan masukkan unsalted butter.
Uli sehingga doh menjadi‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulatkan (100-110g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
Leperkan doh dengan menggunakan rolling pin.
Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
5.Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulatkan (100-110g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
IKLAN
6.Leperkan doh dengan menggunakan rolling pin.
7.Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
8.Pindahkan 4 biji doh ke dalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
9.Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang pembakar. Lebih kurang 45-60 minit
10.Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.
**untuk berat sandwich loaf dan loyang pembakar. Cara pengiraannya begini: 1. Isipadu loyang pembakar (panjang x lebar x tinggi) dibahagikan dengan 5 2. Misalnya: 20cm (panjang) x 10cm (lebar) x 10cm (tinggi) bahagi 5 = (2000 / 5) = 400g berat doh yang diperlukan. Kredit: ritzthebaker
Sedapnya Karipap Pusing. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap KaripapPusing ni susah nak buat. Jangan bimbang, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Cubalah.
CARA BUAT KARIPAP PUSING SEDAP
BAHAN DOH MINYAK:
2 ½ cawan tepung gandum
¼ cawan minyak masak – dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya ( air suhu biasa)
BAHAN DOH MARJERIN:
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih
CARA MEMASAK:
1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.
4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya.
6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar. Rehatkan doh 5 minit.
7. Ambil 1 doh dan canaikan.
8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calit sahaja.
9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.
10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.
12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.
14. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.
16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.
17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
Bila bab sarapan untuk anak-anak, mestilah kena yang mudah dan sedap. Anak-anak memang teruja nak makan tapi mak-mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai.
Jadi, apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk makan pagi. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ni.
1. PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara – beli online di sini
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA MEMASAK:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak masa sarapan.
2. ROTI SOSEJ COMEL
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sosej ayam
Kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Potong roti paratha kepada 12 bahagian kecil seperti pizza. Potong sosej menjadi 3 bahagian.
2. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.
3. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
3. PIZZARIA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sos bolognaisse
Beacon ayam/daging
Lada benggala/nenas
Keju mozarella
CARA MEMASAK:
1. Biarkan roti paratha lembut pada suhu bilik. Sapu rata sos bolognaise.
3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit. Siap.
4. SOSEJ WRAP WITH MEAT/CHICKEN BEACON
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Daun salad
Beacon ayam/daging
Mayonis
Sos cili/tomato
Sosej ayam
CARA MEMASAK:
1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C.
2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
3. Letak sos dan mayonnaise.
4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
* Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic.
Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib memang hebat memasak. Bukan sekadar ‘Chef’ di dapur restorannya tetapi juga Pengurus Syarikat IT yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer.
Pemegang Ijazah Sains Komputer dari Universiti Bradley , Illinois, Amerika Syarikat kini mengusahakan Restoran Mok Teh dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat bersama suaminya Wan Ameer Ruzman.
Bersama suami Wan Ameer Ruzman dan ibu mertua Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab
Mereka belajar di universiti dan bidang yang sama dan keduanya minat dan pandai memasak. Walaupun Mok Teh berasal dari Terengganu tetapi cukup arif dengan masakan Negeri Sembilan juga.
Masakan nogori diwarisi dari ibu mertuanya Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab manakala kepakarannya dalam masakan Terengganu pastilah dari ibunya Allahyarhamah Toh Puan Halimah Tahar .
Berkerusi roda ibu Mok Teh, Allahyarmah Toh Puan Halimah Tahar
Kembalinya dari Amerika Syarikat Mok Teh pernah berkhidmat sebagai Pengatur Cara Analisis di sebuah syarikat swasta selama 10 tahun dan akhirnya bersama suami menubuhkan syarikat IT mereka sendiri sedari 1995 hingga kini. Menjurus kepada pendawaian komputer dan Perunding ICT.
Walaupun belajar masak agak lewat selepas tamat pengajian di universiti namun bukan calang-calang kehebatannya dalam masakan Melayu . Atas nasihat suami yang tidak mahu Mok Teh mensia-siakan bakat memasaknya akhirnya mereka menceburi perniagaan makanan yang bermula dari rumah dan akhirnya menubuhkan Restoran Mok Teh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menyajikan sajian Terengganu.
Pembukaan restoran dua tahun ini adalah cadangan dari anak sulung mereka Wan Ameer Naqiuddin bekas graduan perakaunan yang mengurus operasi restoran, sementara urusan menu dan masakan dipegang oleh Mok Teh.
Anak sulung (kanan sekali) Wan Ameer Naqiuddin, pengurus operasi restoran
Jadi tiada istilah ‘lewat’ kalau nak belajar masak..Tengok Mok Teh ni walau belajar selepas universiti boleh juga jadi mahir memasak.
Antara sajian dari resipi ibu mertua
Nah,ini 4 resipi rendang Mok Teh yang dipelajari dari ibu mentuanya. Nak tahu hebatnya sajian ini kenalah cuba kan…
1. RENDANG AYAM CILI API
Bahan-bahan :
1 ekor ayam| dipotong 12
1 kilo santan
BAHAN A :
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
BAHAN B
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas
7 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12. 2.Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam. 3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis. 4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi. 5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam. 6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik |potong 12
1 kilo santan
BAHAN A
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Itik dibersihkan, disalai . 2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali. 3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali. 4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan. 5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C. 6. Masak sehingga agak kering.
3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kg santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2 .Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
4. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A – Cuci dan Tos
250gm daging
250gm paru paru
250gm limpa
250gm jantung
250gm hati
BAHAN B – KISAR
250gm bawang merah
100 gm bawang putih
10 batang serai
50 gm halia
75gm lengkuas
50gm kunyit
100gmcili api | ikut kepedasan yang diingini
100gm cili boh| ikut kepedasan yang diingini
BAHAN C :
2 kilo santan
2 sudu makan kerisik
5 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
Sedikit gula merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan 2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik. 3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.