Roti Gula Crunchyni memang sedap. Rangup, manis-manis masin, makan macam tu sahaja memang sedap. Nak lagi padu? Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk. Rasanya memang lagi terangkat! Senang sahaja cara membuatnya. Jika ada lebihan roti di dapur yang sudah keras atau hampir tamat tempoh, buat sahaja begini. Pasti habis dimakan anak-anak. Saudari Blossoming Flower ada kongsikan resipi beliau yang tersendiri. Katanya resipi ini bukan sekadar roti disapu marjerin dan ditabur gula ya. Pasti lebih enak. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Campurkan gula perang, marjerin dan susu pekat manis ke dalam bekas bersesuaian. Sukatan boleh agak-agak mengikut jumlah yang anda suka. 2. Pukul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan gebu (fluffy). 3. Sapukan bahan yang dipukul tadi pada permukaan roti. Potong roti cantik-cantik.
3. Susun roti di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam ketuhar.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 160°c selama 20 minit. Jika mahu lebih perang, lebihkan masa membakar. Tapi pastikan jangan sampai hangus. 5. Waktu keluar dari ketuhar, tekstur roti memang agak lembut. Oleh itu, perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Roti Gula Crunchy ini memang rangup dan tahan lama. Rasanya juga sedap. Enak dicicah Kopi O panas atau dimakan begitu sahaja.
Kalau tak mahu rasa bersalah untuk masak resipi ini, kamu boleh hidangkan untuk makan tengahari, sesuai disajikan pada bila-bila masa. Kalau nak lagi sedap cari daging batang pinang tak lah lama nak merebus!..Selamat menjamu selera!
Resipi Daging Asam Kunyit
Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging…rebus hingga empuk(kalo xmo rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
10 biji cili padi hiris(potong tengah jangan putus)
1 kuntum bunga kantan(sy saja letak sbb sy suka makan bunga kantan tu)
2 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
1/4 sdb garam
1 sdt gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sdb serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging
2 1/2 senduk minyak masak
Sedikit cili padi(utk hiasan)
Cara Memasak:
Panaskan minyak..masukkan serai..
bila serai dah perang masukkan bahan hiris..tumis hingga naik bau..
masukkan serbuk kunyit..masukkan pula air asam jawa..dan air rebusan daging..
bila dah mendidih ganas masukkan daging..gula,garam dan serbuk perasa…biarkan kuah kering..
masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati..sesuaikan rasa..siap utk dihidang..
Siapa yang tak suka menu ayam goreng berempah kan? Kali ini kita buat special sikit, ayam goreng berempah cajun.
Hanya gunakan rempah siap sedia ada, resipi yang dikongsi saudari Keroroyz Royz ini, cepat dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.
Sedia sedap tak perlu tambah garam dan perasa. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4 orang makan.
AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
BAHAN-BAHAN:
500gram ayam | dipotong kecil 3 sudu besar ready mix cajun @ rencahmudah (saya beli di shopee) 1 sudu besar ready mix peri peri @ rencahmudah (untuk lebih pedas, boleh beli di shopee) 2 sudu besar kelapa parut 5 tangkai daun kari Minyak untuk menggoreng
3. Kisar bahan-bahan kisar dan tapiskan airnya. Goreng bersama kelapa parut sedikit garam dan perasa hingga keperangan. Kacau selalu. Angkat dan toskan minyak.
4. Akhir sekali, goreng daun kari dan campurkan bersama bahan-bahan kisar. Taburkan di atas ayam goreng.
Kredit resipi: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu. Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN Bahan-bahan: 250grams beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan 10 biji pisang – lumatkan 1 biji kelapa parut – putihnya sahaja 1 cawan gula perang (boleh kurangkan) Secubit garam halus Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note: *Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain. *Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga. *Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja. Kredit: Sue M Arukin