Kuih Talam Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian saudari Marian Zainal ni antara yang mudah untuk dicuba. Bak kata empunya resipi, kalau ikut satu-satu resipi beliau, memang menjadi & anti gagal. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SERI MUKA SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN BAHAGIAN PULUT (BAWAH)
1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan) – beli online disini
1 1/2 cawan santan sederhana cair
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan (carik & simpul)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air kukusan hingga mendidih.
2. Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik.
3.Masukan semua bahan dan kukus selama 25-30 minit guna api besar.
4.Bila sudah siap, buang daun pandan. Biarkan sekejap selama 5-10 minit kemudian tekan-tekan hingga betul-betul padat. Ketepikan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS (LAPISAN PANDAN):
3 cawan santan sederhana pekat
(kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (tak nak letak pun tak apa). Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis ya.
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar (membukit) tepung kastard – beli online disini
1 cawan tepung gandum & tambah lagi 1 sudu besar tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal
Ads
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebati guna whisk.
2.Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas je. Jangan lama)
3. Tuang 1 atau 2 senduk adunan hijau atas pulut. Kukus selama 7-10 minit guna api sederhana perlahan.(JIKA NAK TUANG SEMUA ADUNAN HIJAU TERUS KE ATAS PULUT PUN BOLEH. LAGI MUDAH)
4. Buka tudung kukusan. Cucuk-cucuk guna garfu di semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau. Teruskan mengukus selama 25-30 minit.
5. Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan. Lap bawah tudung, tutup dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.
6. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
7. Kuih Talam Seri Muka sedia untuk dinikmati.
NOTA: Pastikan Seri Muka sudah betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.
Sarapan pagi dengan cucur memang sedap. Tambah pula bila dimakan panas-panas. Memang gerenti sepinggan boleh habiskan. Kalau buat banyak boleh bawa bekal ke pejabat juga memang kenyang hingga tengah hari.
Pulut Panggang berinti Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik!
Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Jika pernah,. pasti anda tahu sedap dia macam mana kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal ( serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi dibawah ini boleh anda cuba.
CARA MASAK PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN SAMBAL @ SERUNDING IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
CARA BALUT & BAKAR PULUT PANGGANG VERSI MUDAH
Bagi yang tinggal di bandar dan tak ada ruang untuk membakar, ada versi mudah yang anda boleh cuba. cara ni praktikal bagi anda yang tinggal di rumah jenis apartment. Jom lihat cara-caranya.
1. Setelah daun pisang dilayur, letakkan pulut dan inti.
2. Padat-padatkan pulut sebelum digulung dengan daun pisang. Kemudian cucuk dengan lidi atau dengan stapler.
3. Ambil tudung periuk dan lenserkan sedikit minyak. Kemudian susun pulut yang telah siap dibungkus diatasnya. Masak menggunakan api sederhana besar. Memang wangi!
Bosan dengan menu tauhu goreng, kukus, sambal atau jadi campuran dalam masakan, apa kata kita ubah selera dengan gabungkan tauhu, toufu dan cendawan shitake jadikan muffin savoury yang sangat sedap dan boleh dicicah dengan pelbagai jenis sos kesukaan anda.
MUFFIN TAUHU CENDAWAN SHITAKE
BAHAN-BAHAN;:
2 paket toufu telur
2 keping tauhu biasa
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
100gm cendawan Shitake-cincang
1 pokokdaun bawang-hiris halus
1 ulas bawang merah-cincang
1 tangkai cili merah-cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk pati ayam
1 paket fish ball
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
1.Hancurkan kedua-dua jenis tauhu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya, gaul rata.
2.Masukkan bahan hirisan, garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan tepung. Gaul lagi.
3.Setelah secukup rasa dan sekata, masukkan adunan dalam acuan kuih apam dan letakkan tengahnya dengan fish ball.
4.Kukus hingga masak lebih kurang 10 minit.
5.Keluarkan dari acuan.
6.Panaskan minyak, kemudian goreng muffin tauhu tadi dengan api sederhana hingga kekuningan.