Anda suka makan Pulut Pangganginti Sambal Kelapa, jom cuba buat guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Sangat sedap dan mudah sahaja resipinya. Sesuai bagi anda yang baru nak belajar buat kuih Pulut Panggang ini, sesuai sangatlah. Cukup rasa dan sangat sempurna. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sebut je Corn Dog, mesti ramai anak-anak suka, nak beli harga pun boleh tahan mahalnya. Kadang sebatang dua tak cukup. Apa lagi kalau anak ramai. Jadi apa kata mak-mak cuba buat corn dog buat sendiri kerana ia sangat senang, cuma mak-mak kena tahu tekniknya yang betul supaya kejadian corn dog cantik dan sedap seperti yang dijual di restoran.
.
CORN DOG BAHAN-BAHAN:
125gm keju mizarella
5 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
100ml susu cair
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh perasa daging atau cendawan
BAHAN SAMPINGAN:
Serbuk roti secukupnya |salutan
Lidi sate | pencucuk
Tepung jagung untuk | salutan
Sos tomato | pencicah
Mayones | untuk pencicah
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Potong memanjang keju Mozarella, kemudian cucuk dengan lidi sate, salutkan dengan tepung jagung. Simpan dalam peti sejuk (untuk elakkan keju cair).
Sementara itu, campurkan tepung gandung dengan tepung jagung, garam serbuk lada hitam, perasa daging/ cendawan serta serbuk penaik.
Kacau rata kemudian masukkan sebiji telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan wisk Adun rata hinggga adunan menjadi seperti adunan lempeng.
Masukkan adunan dalam gelas tinggi, dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.
Keluarkan keju dan adunan corndog, celupkan keju dalam adunan corndog sehingga kesemua bahagian kejut disaluti sepenuhnya dengan adunan corndog.
Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbok roti hingga rata .
Panaskan minyak, goreng corndog hingga kuning keemasan.
Angkat dan taburkan gula di atasnya
Corndog sedia dihidangkan bersama mayones atau sos cili. by: @amandawati
.
CORN DOG ALA KOREA BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum berprotein tinggi
1 biji telur
60-70ml susu cair sejuk
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh yis segera
15gm mentega
Secubit garam
5 batang sosej|
5 keping keju chedar
Tepung berprptein | untuk salutan
Tepung roti secukupnya
Gula untuk tabur
Sos tomato dan mayones
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan roti,campurkan semua bahan kerin, kecuali garam hingga rata.
Masukkan mentega dan garam, uli hingga sebati.
Tutup dengan plastik wrap dan biarkan lebih kurang 30 minit.
Sementara itu, cucukkan sosoj pada lidi sate dan balut dengan kepingan keju diluarnya.Simpan dalam peti sejuk seketika.
Kempiskan aduan dengan garpu,kemudian balut sosej dan keju mozzarella.
Salut dengan tepung roti.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keperangan.
Angkat dan taburkan gula di atasnya dan picitkan sos tomato dan mayones di atasnya.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
Bila melihatkan harga keledek lebih mahal dari kentang dan kuih berasaskan keledek juga melantun-lantun mahalnya . Lalu terkenang zaman dulu-dulu keledek tak ada harga, bayangkan hanya 50-6- se dek kerana tak boleh jual emak-emak pandai cipta macam-macam kuih berasaskan keledek, sedap pulak tu.
Sebab itulah ,kuih Keria, Cucur Badak dan Cek Mek Molek antara kuih berasaskan keledek terus menjadi kuih lagend sehingga sekarang. Tetap sedap dan memikat selera,cuma harganya yang agak mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri tiga kuih ini sendiri, biar puas makan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
700 gm ubi keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil.
Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan sejukkan.
Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
Sejukkan sebentar.
Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
Didihkan menggunakan api yang sederhana.
Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.
INFO CHEF: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
Bentukkan doh bulat seperti bebola.
Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INFO CHEF: Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
250 gram keledek | direbus dan lenyek
3 1/2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN INTI::
1/2 biji kelapa parut
100gm udang kering | direndam dan dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
7 biji cili merah | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
5. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
7. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
INFO CHEF: Jika keledek agak lembik semasa direbus, sejukkan dahulu sebelum dilenyek.
INFO : KHASIAT UBI KELEDEK
Ubi keledek mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah berbanding jenis ubi lain. Ia mengandungi
hanya 23 gram karbohidrat. Maka keledek merupakan sumber karbohidrat yang baik dan tidak mengemukkan
dan memberi kesan kenyang yang lebih lama.
Keledek juga mempunyai serat hampir dua kali ganda berbanding jenis ubi yang lain. Di katakan ubi keledek menyumbang
7gram serat tiap kali pengambilannya. Serat yang tinggi membantu melambatkan proses pembakaran kalori dan ini membolehkan
kalori digunakan lebih lambat dan lebih baik. Sudah tentu-tentunya baik untuk anda yang sedang berdiet.
Untuk turunkan berat badan dan kurus dengan sihat , tubuh memerlukan vitamin yang baik dan berkesan.
Ubi Keledek mempunyai Vitamin A dan vitamin C, B6,Kalium, riboflavin dan banyak lagi. Sebiji ubi keledek
memiliki 28 peratus kalium dan ini menunjukkan ia mempunyai lebih baik kalium daripada pisang.
Ubi keledek mempunyai kandungan air yang banyak dan dapat membantu menurunkan berat badan.
Badan yang mengandungi air lebih senang kembali ke bentuk asal berbanding badan yang mempunyai lemak. Selain itu
makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak akan membuatkan anda cepat berasa kenyang dan tahan lama.