
Kebiasaan kita, kalau goreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja.
Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap, boleh cuba cara Ummi Hana.
Bahan perapan campuran istimewa bawang, kunyit hidup, garam, cili kisar memang menjadikan menu ikan goreng lagi bertambah sedap!
PERAPAN ISTIMEWA IKAN GORENG
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini
5 sudu besar cili kisar – beli online di sini
3 sudu besar garam halus – beli online di sini
Belacan sikit (optional)
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
TONTON Makan Di Mana Eps 13: Imran Tapau Masakan Padangs On Wheels
CARA-CARA:
1. Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Lepas tu, masukkan dalam bekas bertutup. Bila nak guna, boleh ambil sikit-sikit.
3. Lumur ikan dan perap kejap. Lepas tu baru goreng.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
* Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.
Kredit resipi: Ummi Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudahnya Nak Masak Pad Kra Pao, Sesuai Untuk Peminat Lauk Pedas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Masak Kandar Menu Istimewa Untuk Berbuka

Tiba-tiba terasa pula nak menu yang istimewa hari ni. Selalu beli nasi masak kandar di kedai mamak je. Hari ni terasa nak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
3 sekawan
3 biji bawang merah
1 batang cili hijau
2 batang cili merah
1 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar-beli online di sini
3 sudu makan serbuk kari ayam-beli online di sini
3 sudu makan kicap pekat/caramel
Cara memasak:
1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai
2.Masukkan bawang dan kacau.
3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.
4.Masukkan pes cili kering.
5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.
6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.
8.Setelah mendidih,masukkan ayam.
9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.
10.Tambahkan kicap pekat.
11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air lagi.Perasakan dengan garam.
12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau dan cili merah.Sedia dihidang.
Kredit: SheeNa Haikal
5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Isi Kandungan
ToggleBuah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya

1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula hangus @ karamel
- 8 biji telur
- 340 gm gula kastor
- 340 gm tepung naik sendiri | diayak
- 1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 425 gm gula perang
- 1 ½ buku mentega
- 1 kg tepung naik sendiri | diayak
- 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air30ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 120 gm gula kastor*
- 10 gm ovalet*
- 4 biji telur gred A
- 130 gm tepung superfine / tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 40 ml air
- 60 gm minyak jagung / mentega cair
- 1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 425 gm gula kastor
- 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
- 8 biji telur
- 1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
- 1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Resipi Tomyam Ayam Cendawan Tanpa Guna Pes. Sedap, Mudah & Comfirm Jadi.

Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam
- 2-3 ulas bawang putih – diketuk
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun limau purut
- 4 sudu makan sos cili
- 200gm bunga kobis
- 100gm cendawan
- 1 tangkai daun ketumbar
- 2-3 akar ketumbar – dibersihkan
- 2-3 batang baby corn
- 1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
- 3-4 biji cili padi
- 5-6 biji tomato ceri
- Gula dan garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
- Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
- Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
- Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
- Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
- Tabur daun ketumbar dan angkat tomyam.
- Sedia untuk dinikmati.