Jangan pening nak sediakan hidangan apa untuk famili bersarapan di rumah. Cheese Roll dan Sardine Roll sangat sesuai untuk sarapan. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Buat banyak, boleh simpan sejuk beku. Esok-esok nak makan, ambil dan gorengkan saja. RASA kongsikan resipi untuk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka makan roll macam ni.
CHEESE ROLL
Ads
Bahan untuk doh
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk) (BELI DI SINI)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam (BELI DI SINI)
2 biji telur ayam
250 ml air
Bahan inti
Sekeping keju
Cara membuat
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6. Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7. Letakkan keju dan gulung rapi.
8. Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan toskan.
SARDIN ROLL
Bahan untuk doh
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk) (BELI DI SINI)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam (BELI DI SINI)
2 biji telur ayam
250 ml air
Cara membuat
1. Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2. Masukkan mentega. Uli sedikit.
3. Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
Ads
Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2. Tumis cili kisar.
3. Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5. Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6. Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.
Cara penyediaan
1. Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2. Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan.
Sekarang semua kerja nak cepat, termasuklah dalam penyediaan minuman petang. Apa kata anda sediakan menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging, cepat dan sangat mudah disediakan. Kalau buat alebih, separuh bolehlah difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaska nminyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .
LANGKAH 5: Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Enaknya jika dapat menikmati Kuih Cakoi Goreng panas-panas di waktu begini. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Susu pekat manis pun boleh. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Sophea Amri. Sangat mudah dan pasti menjadi. HAnya guna 4 bahan sahaja.
CARA MEMASAK: 1.Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je) 2.Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli bersama selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.
3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.
4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan.
5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.
6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.
NOTA: Empunya resipi suka buat kecil-kecil sebab layan makan satu persatu, masuk mulut dan rangup gebu. Kalau nak buat besar-besar pun boleh.
Kalau nak tahu Kuih Celoret atau Segurut merupakan makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau. Kuih Celoret ini merupakan salah satu kuih tradisional hanya boleh di dapati di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam, kalau di Negara Brunei boleh di jumpai dengan perbagai perisa seperti perisa durian, pandan dan sebagainya… Caranya ia dibalut dengan pucuk daun nipah dan dikukus sehingga masak. Bahan asas sajian ini adalah tepung beras, santan, gula Melaka, garam dan air secukupnya. Jom cuba resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini.
RESEPI KUIH CELORET / CELOROT
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras | diayak
500ml santan
50ml air
130gm gula Melaka
Secubit garam
Daun nipah dan lidi kelapa secukupnya | bentukkan menjadi kelongsong celoret
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air di dalam periuk kukusan dan aturkan kelongsong ke dalam bekas secara menegak.
2. Pada masa yang sama, masak santan bersama sedikit air sehingga mendidih. Masukkan santandan gula Melaka. Teruskan mengacau sehingga semua bahan larut.
3. Kemudian masukkan bancuhan santan ke dalam bekas berisi tepung beras. Kacau rata.
4. Tuang adunan tepung beras tadi ke dalam kelongsong dan kukus sehingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Selain tepung beras biasa, boleh juga menggunakan beras yang direndam dan dikisar halus. Hasil kuihnya akan lebih baik.
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Menggunakan daun nipah sebagai acuan.