Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ketika sarapan.  Digandingkan pula dengan aneka sambal antaranya sambal sotong, sambal kerang , ayam dan sebagainya. Namun sudah jadi kemestian bila nasi lemak dipadu dengan sambal ikan bilis, terangkat sedapnya jika pandai cara membuat sambalnya.Min kongsikan cara membuatnya.

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/ajinomoto

Cara-memasak:
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dalam 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing. Warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.Masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macamni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal letak bawang besar ni banyak-banyak.
7. Perlahankan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ini ambil masa sikit. Bila dah ramai orang bersin,bermakna sambal tu dah cukup garing.
8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat sikit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tutup api. Siap.

Nasi lemak

Bahan-bahan:

Beras

1 biji kelapa parut (kisar – 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)

Cara memasak:
1.Cuci beras bersih.
2.Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air)
3.Masukkan garam. Kacau rata.
4.Daun pandan dicuci. Carik-carikkan. Ikat.
5.Masukkan dalam periuk nasi.
6.Masak guna periuk nasi atau masak guna dapur gas. Jika guna periuk nasi kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecilkan api. 7.Masak sehingga nasi betul-betul masak.

Kredit : Chek Kuna Ahmad‎

INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

 

Nak Lauk Simple Tapi Sedap, Jom Try Buat Sambal Kentang Berlada

Kek Pandan Bersantan Yang Mudah, Sedap & Tidak Muak

Zaky Kongsi Versi Bihun Singapura Paling Mudah & Sedap.

Nak Lauk Simple Tapi Sedap, Jom Try Buat Sambal Kentang Berlada

Kek Pandan Bersantan Yang Mudah, Sedap & Tidak Muak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI