Anda dan keluarga suka makan mi goreng? Mungkin sudah jemu dengan resipi sedia ada jadi bolehlah cuba masak mi goreng menggunakan resipi dari Indonesia ni pula. Semuanya kelihatan sedap dan membuka selera. Malah nak masak pun senang. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.

 

1. MI GORENG JAWA

4 Idea Masak Mi Goreng Cara Indonesia Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
  • 1 ikat sawi hijau – dipotong
  • 2 biji telur – dipukul
  • 5 biji bebola daging – dihiris
  • 1 tangkai daun bawang – dipotong kasar
  • Kicap manis secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan celur mi hingga lembut. Toskan airnya.
  2. Letakkan mi dalam bekas dan campurkan dengan kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam dan 2 sudu makan minyak masak. Gaul rata dan ketepikan seketika.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga hancur. Sisihkan ke tepi kuali.
  4. Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  5. Gaulkan kembali telur dan hirisan bebola daging bersama bahan tumis. Gaul rata.
  6. Seterusnya masukkan sawi, mi dan juga daun bawang. Adun semua hingga rata dan semua bahan masak sempurna.
  7. Rasa supaya rasanya sempurna dengan selera. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: https://www.instagram.com/p/Bpi617zBuWa/

 

2. MI GORENG BAKSO

4 Idea Masak Mi Goreng Cara Indonesia Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
  • 1 biji telur
  • 10 biji bebola daging @ bakso
  • 1 batang lobak merak
  • 1 pokok sawi
  • 2 batang daun bawang
  • 2 batang saderi
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos Worcestershire
  • 1 sudu teh kicap masin
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 5 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan celur mi telur hingga lembut. Angkat, toskan air dan gaulkan dengan minyak masak serta kicap manis. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sekata.
  3. Tambahkan sos Worcestershire, kicap masin, sos tiram, serbuk lada hitam serta garam. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan mi, bebola daging dan juga sayur-sayuran. Gaul lagi hingga sayuran masak dan mi sekata.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: https://www.instagram.com/p/BnS7OoXA7T9/

 

3. MI GORENG DAGING RINGKAS

4 Idea Masak Mi Goreng Cara Indonesia Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi telur – rebus 3 minit dan toskan airnya
  • 200gm daging tetel – hiris nipis
  • 2 batang daun bawang – hiris 1 cm
  • 1 batang daun saderi – cincang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 4-5 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga kuning keemasan.
  2. Masukkan daging, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam. Tumis hingga daging berubah warna.
  3. Tambahkan air. Tutup kuali dan biarkan hingga air tinggal sedikit dan daging masak empuk.
  4. Tambahkan kicap dan masukkan mi yang telah direbus tadi. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun saderi. Gaul rata sekali lagi.
  6. Pastikan cukup rasabta dan tabur bawang goreng sebelum disajikan.

Sumber: https://www.instagram.com/indahdapur/

 

4. MI GORENG JAWA

4 Idea Masak Mi Goreng Cara Indonesia Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
  • 1 biji telur
  • 2 batang saderi – hiris panjang
  • 5 helai kubis – hiris kasar
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 5 biji cili padi
  • Garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu makan udang kering – direndam air terlebih dahulu

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi hingga lembut kemudian toskan airnya. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan kicap manis dan 1 sudu makan minyak masak. Adun dan ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan telur. Gaul hingga hancur.
  3. Tambah hirisan daun kubis dan saderi. Perasakan juga dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa. Gaul rata sekali lagi.
  4. Jika mi kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air. Jika kurang manis atau kurang masin, tambah dengan secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
  5. Setelah semua bahan sekata, angkat dan nikmati segera. Lebih enak jika ditabur hirisan bawang goreng sebelum dinikmati.

Sumber: https://www.instagram.com/xanderskitchen/

IKLAN

 

INFO: Selain menggunakan mi telur, boleh juga gunakan aneka mi kering lain yang bersesuaian.

 

Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

Resipi Ayam Tandoori Masala Sesedap Sajian Di Kedai Mamak.

Resipi Kek Pastri Buah Yang Sedap Menggoda

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI